Pegawai Prolintas didenda RM100,000 gagal lapor penerimaan rasuah
KUALA LUMPUR 25 Jun – Pegawai kanan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Rostam Shahrif Tami didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas pertuduhan kerana gagal melaporkan penerimaan rasuah yang berlaku dua tahun lalu.













