Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bank Dunia sifatkan pemotongan had subsidi RON95 langkah tepat kerajaan tangani beban fiskal

KUALA LUMPUR 9 April – Pengurangan had pembelian petrol bersubsidi RON95 kepada 200 liter sebulan dilihat sebagai langkah tepat kerajaan dalam menangani tekanan fiskal yang semakin meningkat.

CGS MY selesaikan penempatan persendirian RM94.5 juta untuk YTL Hospitality REIT

KUALA LUMPUR 9 April – CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd berjaya menyelesaikan penempatan persendirian bernilai RM94.5 juta untuk YTL Hospitality REIT di mana syarikat tersebut bertindak sebagai penasihat utama dan penaja buku tunggal bagi transaksi itu.

 

Skandal penjualan saham: SPRM tahan bekas CEO badan berkanun, pengerusi syarikat

KUALA LUMPUR 9 April - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun dan  seorang pengerusi syarikat pegangan ditahan kerana disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah serta pemegang saham sebuah syarikat, berhubung penjualan saham kepada badan

Lynas rancang pengeluaran penuh nadir bumi di Malaysia, kukuhkan status pembekal alternatif China

KUALA LUMPUR 9 April - Syarikat perlombongan Australia, Lynas merancang untuk memperluaskan portfolio unsur nadir bumi yang diekstrak di Malaysia, dalam usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal alternatif utama kepada China.

 

IPO MTT Shipping & Logistics terlebih langgan 2.7 kali menjelang penyenaraian di Papan Utama

KUALA LUMPUR 9 April – Tawaran awam permulaan (IPO) MTT Shipping and Logistics Berhad menerima sambutan positif apabila terlebih langgan sebanyak 2.7 kali menjelang penyenaraian di Pasaran Utama.

SP Setia perkenal Erica, projek kediaman 162 unit dengan GDV RM93.6 juta di Sepang

KUALA LUMPUR 9 April – SP Setia Berhad memperkenalkan projek terbaharu mereka iaitu Erica, sebuah pembangunan rumah teres dua tingkat di Taman Setia Tropika, Sepang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) projek ini dianggarkan sekitar RM93.59 juta.

 

Susu formula bayi, lampin antara barang kerap dibeli guna pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP - Laporan

KUALA LUMPUR 9 April - Satu kajian dilakukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan lebih 93 peratus pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dikeluarkan bagi tujuan keperluan harian isu rumah.

 

Infoline Tec beli dua kilang RM18.6 juta di Sungai Buloh dijadikan sebagai ibu pejabat baharu

KUALA LUMPUR 9 AprilInfoline Tec Group Berhad memperkukuh operasi dengan pengambilalihan dua bangunan kilang bernilai RM18.58 juta di Sungai Buloh, Selangor bagi dijadikan ibu pejabat baharu.

Penerbangan terus Chongqing-Pulau Pinang perkukuh industri pelancongan & ekonomi China, Malaysia

KUALA LUMPUR 9 April – Pulau Pinang mencatat satu lagi pencapaian penting dalam rangkaian penerbangan antarabangsa negeri itu dengan pelancaran penerbangan terus dari Chongqing, China yang memperkukuhkan lagi hubungan dua hala wilayah tersebut.

 

OMS sediakan kapal tanpa kru sokong kerja pemasangan kabel dasar laut di seluruh dunia

KUALA LUMPUR 9 April – Permintaan global terhadap infrastruktur digital bawah laut yang semakin pesat mendorong OMS Group memperkukuh keupayaan teknologi dengan menyediakan kapal tanpa kru.

Indeks Pengeluaran Perindustrian hanya 3.1% pada Februari, susut hampir dua kali ganda berbanding 5.9% pada Januari 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR 9 April – Pertumbuhan pengeluaran sektor perindustrian Malaysia pada Februari 2026 mencatatkan kadar paling perlahan sejak Jun tahun lalu, susulan penyusutan dalam beberapa sektor utama termasuk pembuatan dan perlombongan.

 

Konflik berterusan Timur Tengah dijangka beri tekanan kepada rantaian bekalan negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR 9 April - Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi kesan ekonomi daripada konflik berterusan di Timur Tengah yang dijangka memberi tekanan kepada rantaian bekalan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Penang Mainland Sees Growing Demand for Modern Office Towers With Bandar Cassia at the Helm

BATU KAWAN 9 April - Bandar Cassia is emerging as a new focal point for business activity on Penang’s mainland, underpinned by rising demand for quality office space and expanding industrial investments.

 

Subscribe to Terkini