Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Solarvest di landasan capai sasaran buku tempahan sehingga RM3 bilion pada FY26, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 19 Mac - Solarvest Holdings Berhad berada pada kedudukan kukuh mencapai sasaran buku tempahan antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion menjelang akhir tahun kewangan 2026 (FY26E), disokong oleh momentum kukuh perolehan projek baharu, menurut penganalisis.

 

MAHB catat 8.9 juta penumpang Februari 2026 dipacu kukuh musim perayaan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR 19 MacMalaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) terus mencatat pertumbuhan trafik penumpang yang stabil apabila merekodkan 8.9 juta pergerakan penumpang bagi Februari 2026.

FBMKLCI pada 18 Mac kembali melepasi paras purata, Maybank IB saran 'beli' Kee Ming dan Powerwell

KUALA LUMPUR 19 Mac – Momentum pemulihan FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) yang kembali melepasi paras purata bergerak utama semalam dilihat positif, menurut Maybank Investment Bank dalam analisisnya.

Paramount rancang beli tanah 3.7 ekar di Jalan Ampang pada harga RM257.89 juta

KUALA LUMPUR 19 Mac - Paramount Corporation Berhad bercadang memperoleh sebidang tanah komersial pegangan bebas seluas 3.7 ekar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur daripada IOI Properties Group Berhad (IOIPG) pada harga RM257.89 juta.

 

Top Glove dikhuatiri berdepan peningkatan 44% kos bahan mentah akibat konflik Timur Tengah, kata MBSB Research

KUALA LUMPUR 19 MacTop Glove Corporation Berhad dibimbangi berdepan risiko lonjakan kos bahan mentah nitrile butadiene rubber (NBR) sehingga 23% hingga 44% susulan konflik di Timur Tengah.

Glomac catat keuntungan bersih hampir tiga kali ganda pada 3QFY2026

KUALA LUMPUR 19 Mac - Keuntungan bersih Glomac hampir tiga kali ganda pada suku kewangan ketiganya berikutan peningkatan aktiviti pembangunan hartanah

 

GDB raih kontrak RM115.5 juta bina loji rawatan air di Kapit, Sarawak

KUALA LUMPUR 19 Mac - GDB Holdings Berhad (GDB) mengukuhkan kedudukannya dalam segmen infrastruktur apabila meraih kontrak bernilai RM115.5 juta bagi pembinaan sebuah loji rawatan air baharu di Daerah Song, Bahagian Kapit, Sarawak.

 

Kerugian pelaburan di dalam MMAG, Classita kini dianggap ‘selesai’ susulan rombakan lembaga pengarah NexG

KUALA LUMPUR 19 Mac - NexG Bhd mengumumkan kerugian nilai saksama daripada pelaburan saham yang baru-baru ini menyebabkan syarikat mencatatkan kerugian kini dianggap sebagai perkara “selesai”, susulan rombakan besar lembaga pengarah yang menyaksikan tujuh pengarah meninggalkan sy

Tunai Makin Dilupakan? E-Dompet Kini Dominasi Transaksi Rakyat Malaysia

Penggunaan dompet digital (e-dompet) terus mencatat pertumbuhan pesat di Malaysia sepanjang tahun 2025 dan 2026, sekali gus mencerminkan perubahan ketara dalam tingkah laku pembayaran rakyat Malaysia merentasi pelbagai peringkat umur.

 

Diesel naik 80 sen ke RM4.72 bagi tempoh 19-25 Mac 2026, paras tertinggi dalam sejarah Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Mac - Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat 80 sen kepada RM4.72 seliter, sekali gus mencatat paras tertinggi dalam sejarah Malaysia, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Mac.

 

Selat Hormuz boleh tentukan hidup kita: Dari kapal layar mewah hingga harga minyak AS$200

Selat Hormuz bukan sekadar laluan laut. Ia adalah nadi ekonomi dunia, tempat berjuta-juta tong minyak mengalir dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan negara Teluk lain ke seluruh dunia.

 

Gas Malaysia terima kebenaran Suruhanjaya Tenaga teruskan projek terminal LNG RM3 bilion di Yan

KUALA LUMPUR 18 MacGas Malaysia Berhad menerima surat kebenaran meneruskan (LTP) pembangunan terminal regasifikasi gas asli cecair (LNG) di Yan, Kedah, dianggarkan bernilai RM3 bilion.

Aquaria KK bakal dibuka di Sabah pada 2029 dengan kos RM70.5 juta

KUALA LUMPUR 18 Mac – Aquawalk Group Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Aquawalk KK Sdn Bhd menandatangani perjanjian sewa selama 30 tahun dengan Jesselton Docklands 1 Sdn Bhd untuk tapak seluas 73,054 kaki persegi di The Bedrock, Jesselton Docklands dekat Kota Kinabalu

Subscribe to Terkini