Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Keuntungan UMediC pada FY25 dijangka terjejas akibat kelemahan bahagian pengedaran - HLIB

KUALA LUMPUR 9 Jun - Bahagian pengedaran UMediC Group Bhd dijangka terus mencatat pendapatan yang lemah, sekali gus menjejaskan keuntungan keseluruhan kumpulan bagi tahun kewangan 2025 (FY25) dan dua tahun berikutnya.

 

LBS Bina peroleh pembiayaan RM88.4 juta untuk projek solar pertama di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR 9 Jun - LBS Bina Group Bhd melalui syarikat tujuan khasnya, Suria Hijauan Sdn Bhd, memperoleh pembiayaan hijau bernilai RM88.4 juta daripada Alliance Bank Malaysia Bhd bagi membiayai kos pembinaan projek ladang solar pertamanya berkapasiti 43 MWp di Negeri Sembilan.<

IJM, Muhibbah diyakini raih banyak laba daripada projek ECRL - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 9 Jun — IJM Corporation Berhad dan Muhibbah Engineering (M) Berhad adalah antara syarikat pembinaan yang dijangka meraih banyak manfaat daripada kesan limpahan projek jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata CIMB Securities.

Waktu operasi tambahan berpotensi tingkatkan hasil 99 Speed Mart sehingga 1.2% kata CIMB Securities

KUALA LUMPUR 9 Jun - Pengendali rangkaian pasar mini, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd berpotensi catat pertumbuhan hasil sehingga 1.2% dari 2025 hingga 2027 disokong cadangan melanjutkan waktu operasinya.

 

Dangkal dan tidak berkesan: Larangan Vape bukan jawapannya

Di Malaysia, kita sedang menyaksikan gelombang usaha yang semakin meningkat dari kerajaan-kerajaan negeri untuk melarang penjualan produk vape.

Saham Yinson dikhuatiri susut teruk jika pengambilalihan oleh Stonepeak gagal, kata HLIB

KUALA LUMPUR 9 Jun — Saham Yinson Holdings Berhad sebenarnya dikhuatiri untuk menyusut dengan teruk sekiranya rancangan pengambilalihan oleh firma Stonepeak Partners menemui kegagalan, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

Untung bersih Scientex Packaging merosot 28%, tutup operasi di Myanmar

KUALA LUMPUR 9 Jun - Scientex Packaging (Ayer Keroh) Bhd mencatatkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 28% pada suku ketiga tahun kewangan 2025 berbanding tahun sebelumnya, disumbangkan jualan eksport yang lemah akibat pengukuhan nilai ringgit.

 

Petronas sasar hingga akhir tahun proses penamatan 10% kakitangan

KUALA LUMPUR 9 Jun - Petronas sedang berusaha menyelesaikan proses pemberitahuan kepada semua kakitangan yang terlibat dengan proses penstrukturan semula keseluruhan kumpulan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

 

Sun Bus Tech tawar gaji permulaan RM4,000 bagi pekerja mahir di Johor

KUALA LUMPUR 9 Jun - Johor melangkah maju dalam membangunkan tenaga kerja masa depan melalui kerjasama strategik antara Sun Bus Tech dan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang menawarkan gaji permulaan RM4,000 untuk pekerja mahir.

 

Buku tempahan Samaiden diyakini mampu capai sasaran RM1 bilion dalam 6 bulan - TA Securities

KUALA LUMPUR 9 Jun — Samaiden Group Berhad diyakini mampu mencapai sasaran buku tempahan mencecah RM1 bilion seawal-awalnya dalam tempoh enam bulan atau paling lewat 18 bulan yang akan datang, menurut TA Securities.

Proton perkenal e.Mas 7 di Trinidad dan Tobago

KUALA LUMPUR 9 Jun - Proton terus memperluas pasaran globalnya dengan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama syarikat, Proton e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago, yang juga pasaran eksport kedua untuk model itu selepas Nepal.

 

Hydroshoppe gagal mulakan prosiding komital terhadap Fahmi Fadzil, pihak berkaitan berhubung pertikaian Menara KL

KUALA LUMPUR 9 Jun - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas pengendali Menara KL dan syarikat induknya, Hydroshoppe Sdn Bhd untuk memulakan prosiding komital terhadap lapan individu termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Kerajaan Malaysia.

 

Prospek QL Resources diramal kukuh disokong segmen minyak sawit, tenaga bersih - penganalisis

KUALA LUMPUR 9 Jun - Prestasi QL Resources Berhad bagi tahun kewangan 2026 (FY26) dijangka kekal kukuh, disokong oleh peningkatan margin projek dalam segmen Minyak Sawit dan Tenaga Bersih (POCE).

 

Subscribe to Terkini