Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aonic peroleh dana AS$10 juta kembangkan teknologi dron ke pasaran global

KUALA LUMPUR 3 Mac – Aonic, syarikat teknologi dron yang diasaskan di Malaysia dan beroperasi di seluruh Asia Tenggara, mengumumkan kejayaan memperoleh pendanaan Siri A bernilai AS$10 juta.

 

Digital Nasional tolak notis penamatan TM, perjanjian akses 5G kekal sah hingga 2032

KUALA LUMPUR 3 Mac – Digital Nasional Bhd (DNB) menegaskan kontrak jangka panjang Perjanjian Akses Rangkaian Borong 5G dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) kekal sah dan boleh dikuatkuasakan, sekali gus menolak notis penamatan yang dikemukakan syarikat itu baru-baru ini.

Penganalisis ramal pertumbuhan hasil sektor telekomunikasi hambar pada 2026 akibat kos operasi tinggi

KUALA LUMPUR 3 Mac – Prospek pertumbuhan hasil industri telekomunikasi sepanjang tahun ini dijangka kekal sederhana dengan tekanan berterusan daripada kos operasi yang tinggi, menurut penganalisis.

UDA peruntuk RM2 juta bantu perkasakan akses pasaran, sokongan digital usahawan tempatan

KUALA LUMPUR 3 Mac – UDA Holdings Berhad, syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), memperuntukkan lebih RM2 juta pada tahun 2026 untuk menyokong pemerkasaan usahawan tempatan.

 

Tealive pasarkan rangkaian minuman pracampur di Jaya Grocer

KUALA LUMPUR 3 Mac – Tealive menjalin kerjasama dengan Jaya Grocer dengan memperkenalkan rangkaian minuman pracampur  3 dalam1 yang membolehkan pengguna menikmati minuman ala kafe di rumah dengan lebih mudah.

 

Syarikat berkaitan GLC mungkin terkesan dengan syarat baharu ekuiti bumiputera dalam pelupusan tanah - Maybank IB

KUALA LUMPUR 3 Mac - Beberapa syarikat yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan aktif dalam pelupusan tanah mungkin terkesan dengan syarat baharu kerajaan yang mewajibkan bakal pembeli memenuhi ambang penyertaan ekuiti bumiputera.

 

Kitaran pelaburan sektor utiliti dipacu isu bekalan elektrik kurang 5GW menjelang 2030, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 3 Mac – Risiko kekurangan bekalan elektrik melebihi 5 gigawatt (GW) menjelang 2030 di seluruh Malaysia mendorong Suruhanjaya Tenaga (ST) melancarkan tender kedua loji jana kuasa gas.

Jualan Life Water dijangka meningkat 30% sehingga Julai 2026 berikutan musim kemarau – MBSB Research

KUALA LUMPUR 3 Mac – Jualan Life Water Berhad dijangka meningkat 30% menjelang musim kemarau yang dijangka bermula Mac hingga Julai 2026 sekali gus menyokong pertumbuhan volum produk dan prestasi kewangan kumpulan,” kata MBSB Research.

 

FBMKLCI susut 1% akibat tekanan saham perbankan, Maybank IB saran 'beli' Uzma dan Jati Tinggi

KUALA LUMPUR 3 Mac – Tekanan berterusan saham perbankan utama terus mengekang prestasi dagangan di pasaran tempatan apabila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup susut hampir 1% semalam.

HE Group dijangka mampu capai sasaran kontrak RM200 juta pada FY26 disokong tender pusat data – Maybank IB

KUALA LUMPUR 3 Mac – HE Group Bhd  terus menunjukkan momentum positif dengan pertumbuhan tender baharu yang menyokong prospek pendapatan jangka pendek syarikat, kata Maybank Investment Bank.

 

Kelemahan segmen EMS belenggu prestasi sektor teknologi bagi 4QFY25, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 3 Mac – Kelemahan segmen perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) serta permintaan telefon pintar yang masih lembap terus menjadi isu kritikal yang membelenggu pretasi sektor teknologi.

Yayasan PETRONAS agih hampir RM1 juta bakul makanan kepada 4,850 keluarga di seluruh negara sempena Aidilfitri

KUALA TERENGGANU 3 Mac – Yayasan PETRONAS meneruskan komitmen kebajikannya dengan mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 4,850 keluarga di 13 negeri serta dua Wilayah Persekutuan dengan jumlah keseluruhan sumbangan hampir RM1 juta menerusi Program Memacu Kehidupan: Hari Raya

TNB dijangka catat prestasi lebih kukuh FY26-FY27 disokong pengembangan dalam pelaburan aset terkawal - Penganalisis

KUALA LUMPUR 3 Mac – Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka merekodkan pertumbuhan pendapatan lebih kukuh dalam tempoh dua tahun kewangan akan datang, disokong pengembangan dalam pelaburan aset terkawal (RAB), peningkatan perbelanjaan modal (capex) serta mekanisme kawal selia yang le

Subscribe to Terkini