Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AirAsia lancar dua laluan baharu ke Palembang dan Semarang

KUALA LUMPUR 17 Jun – AirAsia Malaysia melancarkan dua laluan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Palembang dan Semarang, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 188 penerbangan mingguan antara Malaysia dan Indonesia.

 

Berjaya Land teroka penanaman durian Blackthorn secara besar-besaran di Perlis

KUALA LUMPUR 17 Jun — Berjaya Land Berhad mula meneroka peluang perniagaan penanaman pokok durian daripada baka terbaik Blackthorn dan rumput hibrid jenis Napier secara besar-besaran di Perlis.

SDEC, Univers tubuh Pusat Kecemerlangan Sifar Karbon pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Jun - Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) menjalin kerjasama strategik dengan syarikat teknologi global, Univers, untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sifar Karbon pertama di Malaysia yang akan dibina di Kuching.

 

Sumbangan Program Bantuan Perubatan Yayasan UEM cecah RM13.9 juta sejak 2014

KUALA LUMPUR 17 Jun – Yayasan UEM menyumbang RM2 juta bagi Program Bantuan Perubatan tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan mencecah RM13.9 juta sejak 2014.

 

PETRONAS sahkan rancangan pembangunan terminal pengegasan semula ketiga di Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Jun — Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengesahkan kumpulan berkenaan sedang berusaha untuk melaksanakan pembangunan terminal pengegasan semula yang ketiga di Malaysia.

Permintaan LNG Asia Tenggara diunjur terus meningkat sehingga 2035, kata Shell

KUALA LUMPUR 17 Jun - Permintaan gas asli cecair (LNG) di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Brunei, Filipina dan Thailand dijangka terus meningkat berterusan sehingga tahun 2035.

 

PETRONAS ramal usaha sama huluan dengan ENI ditubuhkan dalam tempoh antara 1-2 tahun

KUALA LUMPUR 17 Jun - PETRONAS dijangka mengambil masa antara satu kedua tahun bagi menubuhkan syarikat usaha sama dengan syarikat tenaga Itali, Eni bagi aset huluan di Indonesia dan Malaysia.

 

Izaddeen letak jawatan sebagai Pengarah Pharmaniaga susulan rombakan lembaga Boustead

KUALA LUMPUR 17 Jun – Pharmaniaga Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Izaddeen Daud, berkuat kuasa hari ini.

 

Beliau sekali gus menjadi antara nama terbaharu dalam rombakan lembaga pengarah syarikat berkaitan Boustead.

Seremban Engineering jual tanah, kilang di Senawang bernilai RM19.5 juta

KUALA LUMPUR 17 Jun — Seremban Engineering Berhad berhasrat melupuskan sebidang tanah kosong dan sebuah kilang berkembar miliknya di Seremban, Negeri Sembilan pada nilai pertimbangan RM19.5 juta.

Harga minyak sawit mentah dijangka kekal antara RM3,900 hingga RM4,200 satu tan pada Jun dan Julai 2025 - MPOC

KUALA LUMPUR 17 Jun - Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) akan kekal antara RM3,900 hingga RM4,200 satu tan pada Jun dan Julai 2025, walaupun stok minyak sawit pada bulan lalu melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

PETRONAS, S&P Global urge ASEAN to bridge policy gaps as AI, LNG disrupt energy trajectory

KUALA LUMPUR 17 June - As Energy Asia 2025 enters its final stretch, PETRONAS President & Group CEO Tan Sri Tengku Muhammad Taufik and S&P Global Vice Chairman Dr.

Lebih 2 juta peserta sertai Minggu Latihan Kebangsaan 2025

KUALA LUMPUR 17 Jun - Lebih dua juta individu menyertai program pembangunan kemahiran sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 dalam tempoh seminggu, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk membina tenaga kerja yang berdaya tahan.

 

Majlis Bandaraya Ipoh tawar 27 kontrak kerja penyelenggaraan bernilai RM2.3 juta kepada kontraktor tempatan

IPOH 17 Jun - Sebanyak 27 kontrak kerja penyelenggaraan dan naik taraf bernilai RM2.3 juta ditawarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada kontraktor berkelayakan.

 

Subscribe to Terkini