Lebih 2 juta peserta sertai Minggu Latihan Kebangsaan 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lebih 2 juta peserta sertai Minggu Latihan Kebangsaan 2025

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 17 Jun - Lebih dua juta individu menyertai program pembangunan kemahiran sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 dalam tempoh seminggu, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk membina tenaga kerja yang berdaya tahan.

 

Inisiatif itu merupakan hasil kerjasama antara Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Infinity Logistics and Transport Sdn Bhd, dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta Kementerian Pengangkutan (MOT). 

 

nwt

 

Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong di Wyndham Acmar, Klang.

 

KESUMA telah melancarkan program berimpak tinggi 'Logistics Unboxed – Empowering Workforce Beyond Borders' di bawah Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025, bertujuan menangani isu kekurangan bakat dalam sektor logistik, pengangkutan dan rantaian bekalan di Malaysia

 

nwt
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menyampaikan ucapan perasmian.

 

Steven menegaskan kepentingan sektor logistik dalam menyokong infrastruktur negara, sambil mengibaratkannya sebagai "sistem peredaran" masyarakat. 

 

Antara topik utama yang diketengahkan termasuk pendigitalan dalam sektor logistik, pengagihan karbon rendah, penjajaran rantaian bekalan dengan industri 5.0, serta cabaran dalam industri pembinaan dan pembaikan kapal di Malaysia.

 

nwt
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Infinity Logistics & Transport Sdn. Bhd., Datin Paduka TPr. Noraini Roslan menyampaikan sesi bertajuk "Membina Laluan Lestari ke Hadapan".

 

Sebagai sebahagian daripada sumbangan Malaysia kepada Tahun Kemahiran ASEAN 2025, program tersebut menyasarkan untuk merapatkan jurang bakat, menggalakkan pembelajaran merentas sempadan dan menghubungkan kerjasama antara industri dan akademia. 

 

Lebih 10 rakan kolaborasi terdiri daripada persatuan logistik, universiti serta syarikat pengangkutan tampil menyokong inisiatif ini, sejajar dengan agenda 3K KESUMA yang memberi fokus kepada Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan.

 

nwt
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Jana Santhiran Muniayan.

 

Program Logistics Unboxed dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 400 peserta termasuk pelajar dan majikan, menerusi lima hari aktiviti pembelajaran secara hibrid.- DagangNews.com