Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Prospek Gamuda dibimbangi terjejas disebabkan kekurangan kontrak baharu - RHB Research

KUALA LUMPUR 24 Jun — Pertumbuhan Gamuda Berhad dibimbangi boleh terjejas berikutan faktor penambahan kontrak kerja baharu yang lebih perlahan daripada jangkaan, menurut RHB Research.

AEON lancar projek penghijauan di Segamat bagi meneruskan legasi Program Persahabatan Hutan Malaysia-Jepun

KUALA LUMPUR 24 Jun – Berbekalkan kejayaan Program Persahabatan Hutan Malaysia-Jepun di Bidor, Perak, AEON melancarkan satu inisiatif penghijauan baharu selama tiga tahun di Segamat, Johor.

 

Kenaikan AS$5 setong minyak mentah Brent berpotensi lonjak keuntungan Hibiscus sebanyak 20% - CGS International

KUALA LUMPUR 24 Jun - Hibiscus Petroleum Bhd berpotensi mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 20% bagi setiap kenaikan AS$5 setong bagi harga minyak mentah Brent, kata CGS International.

 

Bekas Setiausaha Kerajaan Selangor, Haris Kasim dilantik sebagai Pengarah Glomac

KUALA LUMPUR 24 Jun — Glomac Berhad melantik bekas Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Haris Kasim sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang baharu, berkuat kuasa pada 20 Jun 2025.

Pembangunan hab industri, langkah SD Guthrie kembangkan nilai bank tanah di Pulau Carey - Maybank IB

KUALA LUMPUR 24 Jun - Usaha sama (JV) SD Guthrie Bhd dengan Sime Property Bhd untuk membangunkan hab perindustrian dan logistik di Pulau Carey, Selangor merupakan langkah pertama ke arah membuka nilai yang masih belum direalisasikan daripada bank tanah miliknya.

 

Skim cukai modal teroka ditambah baik perkukuh ekosistem syarikat tempatan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 24 Jun — Kerajaan telah meluluskan penambahbaikan rangka kerja insentif cukai modal teroka (VC) untuk mengukuhkan lagi ekosistem syarikat tempatan, kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

IPO ASM Automation terlebih langganan 1.27 kali menjelang penyenaraian di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 24 Jun — Terbitan tawaran awam permulaan (IPO) ASM Automation Group Berhad menerima sambutan baik apabila 26.74 juta saham baharu ditawarkan terlebih langgan sebanyak 1.27 kali.

MILDEF buka peluang kerjasama kemahiran automotif pertahanan dengan TVET MARA

KUALA LUMPUR 24 Jun - MILDEF International Technologies Sdn. Bhd. (MILDEF) melangkah setapak dalam menjalin kerjasama kemahiran menerusi lawatan TVET MARA ke fasiliti kejuruteraannya di Sendayan Techvalley, Negeri Sembilan.

Anak syarikat Mulpha peroleh pendahuluan tunai RM203.8 juta bagi projek hartanah di Castle Hill, Australia

KUALA LUMPUR 24 Jun - Mulpha International Bhd menerusi anak syarikatnya di Australia telah memperoleh kemudahan pendahuluan tunai sebanyak A$73.8 juta (RM203.83 juta) daripada National Australia Bank Ltd bagi membiayai projek pembangunan hartanah di Castle Hill, New South Wales.

Saham Cuckoo catat RM1.09 pada penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Jun - Saham Cuckoo International (MAL) Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini pada RM1.09 iaitu peningkatan kecil berbanding tawaran awam permulaan (IPO) yang disemak semula sebanyak RM1.08 seunit.

 

Harga minyak mentah dikhuatiri naik dalam jangka pendek jika Selat Hormuz ditutup Iran - Maybank IB

KUALA LUMPUR 24 Jun — Harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dikhuatiri boleh meningkat dalam jangka pendek, jika Iran bertindak menutup Selat Hormuz, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

PM Anwar, Presiden Lee setuju perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Korea Selatan

KUALA LUMPUR 24 Jun (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Lee Jae Myung bersetuju memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan.

 

Maybank IB potong 24% unjuran pendapatan MyNews pada FY25 akibat kos operasi tinggi

KUALA LUMPUR 24 Jun - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun unjuran pendapatan MyNews Holdings Berhad sebanyak 24% pada FY25 akibat perbelanjaan pelanggan yang lemah dan kos operasi kedai yang lebih tinggi.

 

Subscribe to Terkini