Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kawan Renergy catat untung bersih RM4.9 juta naik 11.2% pada 2QFY25

KUALA LUMPUR 30 Jun – Kawan Renergy Bhd (Kenergy) mencatat keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM4.9 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2025 (2QFY25), meningkat 11.2% berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

DNeX, Sinohydro jalin kerjasama strategik majukan sektor RE di Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Jun - Dagang NeXchange Berhad (DNeX) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd (Sinohydro Malaysia) bagi meneroka dan membangunkan inisiatif utama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) yang sedang berkembang di Malaysia

ASNB umum agihan pendapatan RM423 juta bagi ASB 3 Didik pada FY25

KUALA LUMPUR 30 Jun – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan agihan pendapatan RM423 juta bagi dana harga tetap Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 202

Koperasi Usahawan Islam kini dikenali sebagai Koperasi Otai Berhad

KUALA LUMPUR 30 Jun — Otai Group Malaysia secara rasmi menjenamakan semula entiti koperasi kendaliannya daripada Koperasi Usahawan Islam Berhad kepada Koperasi Otai Berhad, selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tertutup pada 24 dan 25 Jun lalu.

 

Gamuda, Dong Pi terima kontrak RM3.72 bilion bina dermaga dan jambatan di Terminal LNG Taiwan

KUALA LUMPUR 30 Jun - Gamuda Berhad bersama syarikat Taiwan, Dong Pi Co Limited menerima kontrak bernilai RM3.72 bilion bagi pembinaan dermaga dan jambatan untuk Projek Pembinaan Terminal LNG Antara Benua Pelabuhan Kaohsiung di Taiwan.

 

Cambodia Airways mula operasi penerbangan terus Phnom Penh–Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 30 Jun – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerima kehadiran syarikat penerbangan asing ke-18 dengan ketibaan Cambodia Airways, sekali gus melancarkan perkhidmatan terus pertama antara Phnom Penh dan Pulau Pinang.

 

Hyrax Oil dilantik sebagai pengedar tunggal minyak transformer lestari Ergon di Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Jun - Hyrax Oil Sdn Bhd, dilantik sebagai pengedar tunggal minyak transformer berasaskan ester keluaran Ergon Oil (Singapore) di Malaysia, sekali gus membuka peluang kerjasama untuk menyokong penggunaan tenaga hijau di Asia.

 

Bekas jurubank pelaburan dipenjara 2 tahun, denda RM1 juta kerana penipuan sekuriti 

KUALA LUMPUR 30 Jun - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang bekas jurubank pelaburan dan denda RM1 juta, atau jika ingkar enam bulan penjara, atas kesalahan penipuan sekuriti melibatkan RM201,000.

 

Sambutan Hari Malaysia 2025 diadakan di Pusat Konvensyen Picca, Butterworth - Fahmi

GEORGE TOWN 30 Jun (Bernama) - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 Sept ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth dekat sini, dengan pelbagai pengisian menarik.

 

HHRG buat laporan polis terhadap bekas CEO berhubung transaksi kewangan

KUALA LUMPUR 30 Jun – HHRG Berhad memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, HHRG Capital Sdn Bhd, telah membuat satu laporan polis terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Fong Chee Khuen.

 

Penutupan Selat Hormuz mampu jejas bekalan serta harga minyak dunia - Maybank IB

KUALA LUMPUR 30 Jun - Penutupan Selat Hormuz oleh Iran boleh memberi kesan besar kepada bekalan minyak global dan harga minyak mentah, menurut Maybank Investment Bank Research (Maybank IB).

 

ECERDC peroleh RM6.4 bilion pelaburan direalisasi separuh pertama 2025

KUALA LUMPUR 30 Jun — Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) merekodkan pelaburan direalisasi berjumlah RM6.4 bilion bagi separuh pertama 2025, sekali gus melepasi sasaran tahunan RM10 bilion susulan pelaburan komited terkini bernilai RM10.4 bilion.

MyEG Services kini dikenali sebagai Zetrix AI Berhad

KUALA LUMPUR 30 Jun - Bursa Malaysia Berhad mengumumkan pertukaran nama syarikat MY E.G. Services Berhad kepada Zetrix AI Berhad.

 

Subscribe to Terkini