Dagangan saham Sunway, IJM digantung sementara menunggu pengumuman rasmi
KUALA LUMPUR 12 Jan – Dagangan saham Sunway Bhd dan IJM Corporation Bhd digantung bermula jam 9 pagi Isnin, sementara menunggu pengumuman material daripada kedua-dua syarikat, menurut pemakluman berasingan kepada Bursa Malaysia.













