Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Harga bahan binaan meningkat pada Disember 2025, simen paling tinggi di Kelantan & Terengganu – DOSM

KUALA LUMPUR 12 Jan – Harga bahan binaan di Malaysia mencatatkan peningkatan pada Disember 2025 dengan simen merekodkan kenaikan tertinggi di Kelantan dan Terengganu sebanyak 3.2% berbanding bulan sebelumnya. 

 

JAKS Resources jual 100% pegangan JAKS Solar Nibong Tebal kepada Sunview berharga RM15 juta

KUALA LUMPUR 12 Jan – JAKS Resources Bhd bersetuju melupuskan 100% kepentingan dalam JAKS Solar Nibong Tebal (JSNT) kepada Sunview Asset Management Sdn Bhd pada harga RM15 juta secara tunai.

 

Anak syarikat Harvest Miracle catat pinjaman tertunggak RM94 juta pada 3QFY25

KUALA LUMPUR 12 JanHarvest Miracle Capital Berhad, melalui anak syarikat pemberi pinjamannya, Valhalla Capital Sdn Bhd, mencatatkan jumlah pinjaman tertunggak agregat sebanyak RM94.02 juta.

Malaysia Smelting dijangka terus raih manfaat lonjakan harga timah global - Apex Securities

KUALA LUMPUR 12 Jan – Malaysia Smelting Corporation Bhd (MSC) dijangka terus meraih manfaat daripada lonjakan harga timah global walaupun tanpa meningkatkan pengeluaran, berikutan pengetatan bekalan dunia yang menyokong peningkatan harga dan margin, menurut Apex Securities.

Bursa Malaysia lancar indeks BMQ dan BMQ-S, tonjol syarikat berkualiti tinggi berasaskan prestasi kewangan

KUALA LUMPUR 12 Jan – Bursa Malaysia melancarkan Indeks Kualiti 50 Bursa Malaysia (BMQ) dan Indeks Kualiti 50 Syariah Bursa Malaysia (BMQ-S), iaitu indeks dalaman pertama oleh Bursa Malaysia yang dibangunkan berasaskan prestasi kewangan syarikat tersenarai.

 

Lianson Fleet jual Yinson Hermes berharga RM40.7 juta kepada pembeli dari UAE

KUALA LUMPUR 12 Jan – Lianson Fleet Group Berhad (LFG) meneruskan usaha penstrukturan semula armada miliknya dengan melupuskan kapal tunda pengendalian sauh (AHTS), Yinson Hermes berharga AS$10 juta atau kira-kira RM40.7 juta.

 

Pemegang saham pilih semula Datuk Wan Hashim Wan Jusoh sebagai Pengerusi UWC

KUALA LUMPUR 12 Jan — Majoriti besar pemegang saham UWC Berhad memilih semula Datuk Wan Hashim Wah Jusoh sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Omoda & Jaecoo Malaysia catat jualan 17,849 unit pada 2025, fokus pelancaran J5 pada 2026

KUALA LUMPUR 12 Jan – Omoda & Jaecoo Malaysia terus mencatat perkembangan pesat sejak memasuki pasaran tempatan pada 2024, menandakan momentum pertumbuhan yang semakin kukuh menjelang 2026.

 

Meta Bright jual lot kedai di Kota Kinabalu bernilai RM3.47 juta kepada CCF Development

KUALA LUMPUR 12 Jan - Meta Bright Group Berhad melupuskan satu unit lot kedai kosong di Damai Suites, Kota Kinabalu, Sabah dengan nilai pertimbangan yang dipersetujui sebanyak RM3.469 juta.

Mondelēz lantik Simon Crowther sebagai Pengarah Urusan Malaysia, Singapura mulai 1 Jan 2026

KUALA LUMPUR 12 Jan – Mondelēz International, pengeluar jenama ikonik seperti Cadbury Dairy Milk, OREO, Chipsmore dan Jacob’s, mengumumkan pelantikan Simon Crowther sebagai Pengarah Urusan bagi Malaysia dan Singapura berkuat kuasa 1 Januari 2026.

 

Harga minyak sawit mentah dijangka berlegar sekitar RM4,100 satu tan pada 2026 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 12 Jan – Harga minyak sawit mentah (CPO) dijangka bergerak dalam jajaran terhad pada 2026 dengan purata RM4,100 satu tan, susulan ketidakpastian dasar biofuel Indonesia (B50) dan faktor geopolitik, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB)

 

Wyndham akan buka tiga lagi hotel di Kuantan, Ipoh dan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 12 Jan – Wyndham Hotels & Resorts terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan tiga lagi hotel baharu yang mencerminkan keyakinan syarikat terhadap potensi pasaran pelancongan negara ini yang terus berkembang.

 

One Gasmaster tawar IPO 25 sen, sasar kutip RM23 juta di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 12 Jan - One Gasmaster Holdings Bhd, syarikat yang mengkhusus dalam perkhidmatan pemantauan gas dan paip, menyasar kira-kira RM23.25 juta daripada penyenaraian di Pasaran ACE.

 

Subscribe to Terkini