Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pengeluaran getah asli turun 29.6% pada November 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR 13 Jan – Pengeluaran getah asli Malaysia mencatat penurunan 29.6% kepada 20,891 tan metrik pada November 2025 berbanding 29,673 tan metrik pada Oktober 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

 

Kumpulan Jetson lupus 100% pegangan dalam GRP bernilai RM14.8 juta kepada Ng Boon Hong

KUALA LUMPUR 13 Jan – Kumpulan Jetson Berhad melupuskan 100% ekuiti dalam anak syarikat tidak langsungnya, GRP Sdn Bhd kepada individu, Ng Boon Hong dengan nilai pertimbangan RM14.8 juta.

AGIBOT lancar inisiatif strategik Asia-Pasifik perkukuh kedudukan peneraju robot humanoid global

KUALA LUMPUR 13 Jan – AGIBOT, syarikat robotik tempatan yang memfokuskan kepada kecerdasan terjelma, melancarkan satu siri inisiatif strategik di rantau Asia-Pasifik bagi tahun ini.

 

AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia bermula 19 Januari ini - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR 13 Jan – Capital A Berhad akan mengemukakan permohonan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 pada 19 Januari 2026 dengan perbicaraan mahkamah terakhir dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2026.

 

Aliran projek HE Group pulih susulan kontrak baharu perkukuh buku tempahan RM116 juta – Maybank IB

KUALA LUMPUR 13 JanHE Group Berhad dilihat kembali memulihkan aliran projek semasa dan memperkukuhkan buku tempahan syarikat itu kepada RM116 juta, menurut Maybank Investment Bank.

Untung bersih ISF diramal tumbuh 50% bagi 3 tahun disokong projek pusat data - Malacca Securities

KUALA LUMPUR 13 JanISF Group Berhad diramal berpotensi mencatat pertumbuhan pesat dengan keuntungan bersih selama tiga tahun akan datang kira-kira 49.7%, menurut Malacca Securities.

Sukuk hijau, takaful dan kewangan Islam jadi pemangkin utama ketahanan iklim - Timbalan Gabenor BNM

KUALA LUMPUR 13 Jan – Kewangan Islam berpotensi menjadi pemangkin utama bagi ketahanan iklim global, terutama di negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

 

MCMC pertimbang saman X kerana gagal kawal Grok - Fahmi

KUALA LUMPUR 13 Jan - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap platform mesej X berikutan kegagalannya menyekat akses kepada kandungan berbahaya yang dihasilkan oleh chatbot AI kontroversialnya,

AwanBiru lantik Azizah Ali sebagai CEO kumpulan berkuat kuasa 12 Januari 2026

KUALA LUMPUR 13 Jan – AwanBiru Technology Bhd mengumumkan pelantikan Azizah Ali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 12 Januari 2026.

 

Maybank IB jangka pasaran saham Malaysia lebih positif pada 2026, KLCI boleh capai 1,850 mata

KUALA LUMPUR 13 Jan – Maybank Investment Bank menjangkakan pasaran saham Malaysia bagi tahun 2026 akan lebih positif berbanding 2025 dengan pertumbuhan ekonomi yang stabil, permintaan domestik kukuh, serta pelaburan kerajaan dan swasta yang semakin rancak. 

 

Ketua Pegawai Strategi Selgate Healthcare, Tengku Iesta terajui Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan

KUALA LUMPUR 13 JanSelgate Corporation melantik Ketua Pegawai Strategi Selgate Healthcare, Tengku Iesta Tengku Alaudin untuk mengetuai strategi jenama, pemasaran dan komunikasi kumpulan.

Penganalisis syor pemegang saham IJM terima tawaran pengambilalihan Sunway demi keuntungan jangka panjang

KUALA LUMPUR 13 Jan – Penganalisis pasaran menasihatkan pemegang saham IJM Corp Bhd supaya menerima tawaran pengambilalihan Sunway Bhd, kerana struktur urus niaga tersebut membolehkan pemegang saham sedia ada mengekalkan potensi keuntungan jangka

Maybank IB naikkan unjuran hasil Bermaz Auto kepada 56% bagi FY26, didorong perluasan model Mazda

KUALA LUMPUR 13 JanMaybank Investment Bank menaikkan unjuran hasil Bermaz Auto Berhad bagi tahun kewangan 2026 sebanyak 56%, didorong oleh faktor perluasan rangkaian model Mazda di pasaran.

Subscribe to Terkini