| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

HeiTech Padu semak semula EBITDA FY24 kepada RM35.4 juta, naik RM8.6 juta sebagai pembetulan pelaporan kepada bursa

KUALA LUMPUR 24 Jun – HeiTech Padu Bhd menyemak semula angka pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) bagi tahun kewangan berakhir 2024 kepada RM35.4 juta, meningkat RM8.6 juta daripada RM26.8 juta yang dilaporkan sebelum ini.

 

Victormax lantik Supratechnic sebagai pengedar rasmi Honda Marine di Johor, Melaka dan Pahang

KUALA LUMPUR 24 Jun — Supratechnic (M) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat tidak langsung USP Group Limited dari Singapura, hari ini dilantik sebagai pengedar rasmi Honda Marine di Johor, Melaka dan Pahang. 

UEM Sunrise serahkan bangunan The Beat 2.0 kepada Harvey Norman

KUALA LUMPUR 24 Jun - UEM Sunrise Bhd dan Melati Ehsan Holdings Bhd melalui usaha sama Mega Legacy (M) Sdn Bhd (MLSB), secara rasmi telah menyerahkan sebuah bangunan berasingan di The Beat 2.0 kepada Harvey Norman Malaysia.

 

PETRONAS pilih 20 syarikat pemula tempatan, asing berpotensi tinggi sertai inisiatif pemecut FutureTech

KUALA LUMPUR 24 Jun — Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memilih 20 syarikat permulaan berpotensi tinggi di seluruh dunia untuk pelaksanaan edisi keempat program pemecut korporatnya, FutureTech.

Inflasi Malaysia 1.2% pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan - DOSM

KUALA LUMPUR 24 Jun - Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2% pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Grab Malaysia perkenalkan EV e-hailing tingkatkan pergerakan sejajar agenda kemampanan negara

KUALA LUMPUR 24 Jun — Grab Malaysia memperkenalkan perkhidmatan kenderaan elektrik (EV) khusus e-hailing yang bakal meningkatkan pergerakan dan menyokong aspirasi agenda kemampanan negara.

HRD Corp anjur pelbagai acara perkasakan bakat OKU sempena Minggu Latihan Kebangsaan 2025

KUALA LUMPUR 24 Jun — Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menganjurkan pelbagai acara sebagai usaha memperkasa penyertaan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam pasaran kerja.

SC perkenal Garis Panduan Tadbir Urus Produk untuk galak inovasi bertanggungjawab dan perkukuh perlindungan pelabur

KUALA LUMPUR 24 Jun - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenalkan Garis Panduan Tadbir Urus Produk (PGG), bertujuan memperkukuhkan perlindungan pelabur serta menggalakkan pembangunan dan pengedaran produk pasaran modal yang bertanggungjawab.

 

Subscribe to