Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Econpile berdepan tekanan kos meningkat, sedia guna klausa 'force majeure' jika gangguan bekalan semakin serius - CGS International

KUALA LUMPUR 3 April - Econpile Holdings Bhd berdepan tekanan kos yang semakin meningkat susulan lonjakan harga diesel dan bahan binaan, namun kedudukan aliran tunai kumpulan kekal stabil setakat ini, menurut CGS International.

 

TH Plantations catat untung bersih RM111 juta bagi FY25 dipacu harga minyak sawit mentah lebih tinggi

KUALA LUMPUR 3 April - TH Plantations Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM111.06 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, meningkat berbanding RM97.32 juta pada tahun sebelumnya. 

Pusat beli-belah dibangunkan KLK Land, Coalfields Retail Park bakal dibuka pada 20 Ogos 2026

KUALA LUMPUR 3 April – KLK Land Sdn Bhd, anak syarikat pemaju hartanah Kuala Lumpur Kepong Bhd sedang membuat persiapan fasa akhir menjelang pembukaan rasmi pusat beli-belah Coalfields Retail Park di Sungai Buloh pada 20 Ogos 2026.

 

Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN tangani isu bekalan tenaga negara

KUALA LUMPUR 3 April - Tan Sri Mohd Hassan Marican telah dilantik sebagai pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

 

Topmix beli 2 bidang tanah industri hampir RM19 juta di Pulai daripada Kesas Kenangan

KUALA LUMPUR 3 AprilTopmix Berhad memperkukuh pelan pengembangan apabila memperuntukkan RM18.97 juta untuk memperoleh dua bidang tanah industri di Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru, Johor.

SC bekerjasama dengan MCMC tingkatkan langkah pencegahan tangani penipuan digital, pelaburan palsu

KUALA LUMPUR 3 April – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam usaha mengurangkan dan mencegah penipuan, termasuk penipuan dalam talian dan skim pelaburan

T7 Global raih kontrak setahun daripada Vestigo Petroleum, libatkan kerja FPSO Berantai

KUALA LUMPUR 3 April - T7 Global Bhd memperoleh perintah kerja selama setahun daripada Vestigo Petroleum Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan kemudahan pengeluaran terapung FPSO Berantai.

 

Inflasi 2026 diramal mencecah 2.1% dorong pengguna mengutamakan keperluan asas — Kenanga Research

KUALA LUMPUR 3 April — Tekanan inflasi diramal meningkat susulan konflik Timur Tengah menghakis kuasa beli pengguna, dan mendorong peralihan ketara kepada perbelanjaan barangan keperluan asas.

Cypark raih kontrak EPCC RM1.96 bilion daripada TNB Genco bagi projek solar terapung di Tasik Kenyir

KUALA LUMPUR 3 April – Cypark Resources Berhad memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM1.962 bilion bagi pembangunan projek tenaga boleh baharu berskala besar di negara ini.

 

Kerjaya Prospek peroleh kontrak hampir RM99 juta bina hospital swasta di Seremban 2

KUALA LUMPUR 3 April – Kerjaya Prospek Group Berhad (KPGB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd. (KPM) memperoleh kontrak daripada Sena Letrik (M) Sdn. Bhd. (SLSB) untuk projek pembinaan hospital swasta di Seremban.

 

Farm Fresh berdepan tekanan kos, gangguan bekalan pembungkusan akibat konflik Timur Tengah - Penganalisis

KUALA LUMPUR 3 April - Farm Fresh Bhd berdepan tekanan kos yang semakin meningkat serta gangguan bekalan pembungkusan susulan konflik di Timur Tengah, yang berpotensi menjejaskan jualan dan margin keuntungan kumpulan itu.

 

PublicInvest tetapkan nilai wajar MTT Shipping pada RM1.23, potensi pulangan 19% daripada harga IPO

KUALA LUMPUR 3 April – Public Investment Bank menetapkan nilai wajar MTT Shipping and Logistics Bhd pada RM1.23, menunjukkan potensi kenaikan hampir 19% berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) syarikat pada RM1.03.

 

AmInvest yakin peluang kontrak RM190 juta setahun projek RTS naikkan 10% hasil HI Mobility

KUALA LUMPUR 3 April — Kontrak projek pengangkutan bas untuk sistem transit pantas (RTS) Link yang bernilai sehingga RM190 juta setahun dilihat berpotensi meningkatkan lagi hasil HI Mobility Berhad.

Subscribe to Terkini