Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KPJ Healthcare diunjur raih hasil kukuh didorong banyak asas positif pada 2HFY25 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 5 Jun — KPJ Healthcare Berhad diunjur dapat meraih pertambahan hasil yang lebih kukuh pada tempoh baki enam bulan terakhir tahun ini dengan didorong banyak asas positif, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Pengeluar sarung tangan dijangka catat prestasi hambar susulan permintaan global perlahan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Pengeluar sarung tangan Malaysia dijangka mendatar pada suku akan datang susulan ketidaktentuan tarif di Amerika Syarikat serta permintaan global yang semakin perlahan, menurut firma penyelidikan.

 

Pengeluaran buah tandan segar dijangka naik, prospek sektor perladangan semakin baik - HLIB Research

KUALA LUMPUR 5 Jun - Syarikat perladangan menjangkakan pengeluaran buah tandan segar (TBS) yang lebih tinggi pada 2025, disokong oleh perkembangan pemulihan yang dijangka mengukuh pada bulan-bulan akan datang, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.

 

Pengambilalihan hartanah di Singapura dibimbangi beri risiko kewangan kepada IOI Properties - TA Securities

KUALA LUMPUR 5 Jun — Langkah IOI Properties Group Berhad mengambil alih projek hartanah di South Beach, Singapura dengan harga RM2.75 bilion dibimbangi memberi risiko kewangan jangka pendek, kata TA Securities.

AYS Developers cipta rekod dunia Guinness anjur sesi latihan hartanah terbesar di dunia

KUALA LUMPUR 5 Jun – AYS Developers mencipta sejarah dengan mengadakan latihan hartanah terbesar dunia, sekali gus diiktiraf Guinness World Records sebagai sesi latihan jualan hartanah terbesar pernah direkodkan.

 

Power Root diramal rugi RM2.6 juta sebulan berikutan tiada pengedar di Arab Saudi - AmInvestment

KUALA LUMPUR 5 Jun — Prospek pertumbuhan eksport Power Root Berhad di rantau Asia Barat diramal merosot dengan anggaran kerugian hasil yang mencecah RM2.6 juta sebulan, kata AmInvestment Bank Research.

Signature Alliance bermula kukuh di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 5 Jun - Signature Alliance Group Bhd menyaksikan permulaan yang kukuh pada penampilan sulung di Pasaran ACE selepas mengumpul RM161 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).

 

D&O Green Technologies dikhuatiri kurangkan pekerja jimat kos operasi RM25 juta, kata PublicInvest

KUALA LUMPUR 5 Jun — Pengurusan D&O Green Technologies Berhad dijangka melaksanakan pelbagai langkah peningkatan produktiviti dan pengoptimuman kos sepanjang tahun ini, kata Public Investment Bank Berhad (PublicInvest).

PMI pembuatan Mei 2025 naik kepada 48.8 mata akibat sektor pembuatan terus berhati-hati - S&P Global

KUALA LUMPUR 5 Jun – Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia naik kepada 48.8 mata pada Mei berbanding 48.6 bulan sebelumnya, namun masih kekal di bawah paras neutral 50, menunjukkan aktiviti keseluruhan kekal dalam fasa penyusutan, kata S&P Global.

 

Agenda Ekonomi MADANI memastikan kestabilan makroekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR —

ALAA Consultancy, MGM Health & Wellness perkenalkan pusat penjanaan semula kesihatan Zen Wellness di Malaysia

KUALA LUMPUR 5 Jun - ALAA Consultancy Sdn. Bhd. memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama MGM Health & Wellness yang berpangkalan di United Kingdom ( UK) bagi memperkenalkan pusat penjanaan semula kesihatan Zen Wellness di Malaysia. 

 

Velesto bida projek bukan penggerudian RM600 juta sebagai strategi pelbagaikan perniagaan

KUALA LUMPUR 5 Jun — Velesto Energy Berhad membida beberapa projek bukan penggerudian yang bernilai RM600 juta sebagai sebahagian daripada strategi untuk mempelbagaikan jenis perniagaannya selain sektor petroleum.

Affin Group terbitkan Nota AS$300 juta, permulaan penyertaan pasaran bos dolar AS

KUALA LUMPUR 5 Jun - Affin Group mula menyertai pasaran bon dolar AS dengan terbitan nota kanan tanpa cagaran dengan nilai nominal sebanyak AS$300 juta (RM1.27 bilion) di bawah program nota jangka sederhana euro (EMTN) berjumlah AS$2 bilion (RM8.46 bilion).

 

Subscribe to Terkini