Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

171 jemaah sertai Khatam Al-Quran Perdana di Surau Platinum Al-Mawaddah

SHAH ALAM 17 Mac - Seramai 171 jemaah menyertai majlis Khatam Al-Quran Perdana yang dianjurkan Surau Platinum Al-Mawaddah, Seksyen 7 di sini pada Isnin, sebagai kemuncak sesi tadarus sepanjang bulan Ramadan sejak 1 Ramadan lalu.

 

Rivertree STF Synergies peroleh kontrak RM2.3 juta bina kuarters pekerja berpusat di Klang

KUALA LUMPUR 17 Mac - Rivertree STF Synergies Berhad menerima surat penganugerahan (LOA) yang bertarikh 16 Mac 2026 bagi pembinaan bernilai RM2.255 juta daripada Q Centre (Teratai) Sdn Bhd.

Aidilfitri: Kerajaan umum diskaun tol 50% selama dua hari

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk semua kenderaan persendirian Kelas 1 di lebuh raya bertol seluruh negara bersempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

 

Top Glove biayai capex melalui dana dalaman, MARC kekalkan penarafan AA-IS dengan prospek stabil

KUALA LUMPUR 17 Mac — Top Glove Corp Bhd merancang untuk membiayai sebahagian besar perbelanjaan modal (capex) yang dirancang dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui dana dalaman,menurut  MARC Ratings Bhd.

 

MBSB Research menilai harga saham Sunway Healthcare yang bakal disenaraikan di Papan Utama pada RM1.48

KUALA LUMPUR 17 Mac – MBSB Research menilai Sunway Healthcare Holdings Bhd pada harga wajar RM1.48 sesaham, mencerminkan penilaian yang hampir kepada nilai semasa saham tersebut iaitu RM1.45.

 

Kerajaan MADANI perhebat ikhtiar ringankan beban rakyat sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR 17 Mac — Kerajaan MADANI memperhebat pelbagai ikhtiar bagi meringankan beban rakyat sempena Ramadan dan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ekonomi dunia terus berdepan ketidaktentuan.

 

FMM gesa kerajaan beri moratorium enam bulan untuk PMKS

KUALA LUMPUR 17 Mac – Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk menangguhkan pembayaran pinjaman bank selama enam bulan bagi semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

 

Binastra sasar keuntungan 4QFY26 naik hingga 100% dipacu kemajuan projek di Johor – RHB Research

KUALA LUMPUR 17 Mac — Keuntungan Binastra Corporation Berhad bagi tempoh suku keempat tahun kewangan 2026 dijangka melonjak antara 60% hingga 100% tahun ke tahun (YoY), menurut RHB Research.

Kompleks pembungkusan termaju Intel dijangka mula operasi tahun ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR 17 Mac — Pelaburan Intel Corporation di Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif apabila kompleks pembungkusan termaju serta kemudahan pemasangan dan ujian dijangka mula beroperasi lewat tahun ini.

 

Tender baharu diperoleh Exsim Hospitality diyakini catat untung RM11.1 juta – TA Securities

KUALA LUMPUR 17 Mac — Tender subkontrak baharu bernilai RM73.7 juta yang diraih Exsim Hospitality Berhad dianggarkan mampu menjana keuntungan sebelum cukai (PBT) mencecah sekitar RM11.1 juta.

Harga rumah cepat naik, pulangan sewa kukuh antara faktor hartanah Johor jadi pilihan pelabur, menurut Juwai IQI

KUALA LUMPUR 17 Mac - Harga rumah yang meningkat dengan cepat, selain pulangan sewa yang kukuh antara faktor mendorong hartanah di Johor menjadi pilihan utama pelabur, kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari.

 

SP Setia lancar Summera Grove dengan GDV RM181 juta di Johor

KUALA LUMPUR 17 Mac – SP Setia Bhd melancarkan Summera Grove, satu projek rumah teres dua tingkat di Setia Tropika Johor Bahru dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM181.43 juta. 

 

TPG tubuhkan One Aged Care gabungan tiga operator untuk pasaran penjagaan warga emas Asia Tenggara

KUALA LUMPUR 17 Mac – TPG Inc. menubuhkan sebuah platform penjagaan warga emas baharu dikenali sebagai One Aged Care bagi memanfaatkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan tersebut di Asia Tenggara.

 

Subscribe to Terkini