Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gamuda terus agresif dalam RE, ambil alih projek solar dan BESS Hazelwood North di Australia

KUALA LUMPUR 10 Jun – Gamuda Bhd terus memperkukuh strategi pengembangan dalam sektor tenaga boleh baharu (RE) apabila mengambil alih kepentingan dalam projek Hazelwood North Solar Farm dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) di Victoria, Australia.

 

Dana asing RM3.7 bilion keluar Bursa Malaysia pada Mei 2026, FBM KLCI catat kejatuhan bulanan terburuk sejak Mac 2025 — CGSI

KUALA LUMPUR 10 JunBursa Malaysia berdepan tekanan jualan asing yang ketara apabila pelabur luar mengeluarkan dana bersih sebanyak RM3.7 bilion pada Mei 2026, menurut CGS International (CGSI).

 

Varia Berhad lancar dua projek usaha sama bernilai RM1.25 bilion di Putrajaya dan Masai

KUALA LUMPUR 10 Jun – Varia Berhad  mengumumkan dua projek pembangunan utama melalui kerjasama usaha sama (JV) bernilai kira-kira RM1.25 bilion di Putrajaya dan Bandar Seri Alam dekat Masai di Johor.

 

Banyak syarikat didagangkan bawah nilai, MBSB Research yakin 'MY Value Up' rapatkan jurang penilaian

KUALA LUMPUR 10 Jun – Walaupun banyak syarikat tersenarai awam (PLC) mencatat keuntungan kukuh, sebahagian besar masih diperdagangkan pada penilaian rendah berbanding rakan setara serantau.

 

Dana Usaha Ekonomi Baharu Sime Darby Property mampu jana modal sehingga RM4.25 bilion - RHB Research

KUALA LUMPUR 10 Jun - Dana Usaha Ekonomi Baharu (NEVF) yang dilancarkan Sime Darby Property Bhd berpotensi berkembang kepada saiz keseluruhan kira-kira RM4.25 bilion selepas mengambil kira kemudahan pembiayaan hutang, kata RHB Research.

 

MBSB Research: Kos pengangkutan, arang batu semakin mahal jejaskan margin sektor pembinaan

KUALA LUMPUR 10 Jun – Kos pengangkutan, arang batu dan keluli yang semakin mahal mula menimbulkan kebimbangan serius terhadap margin keuntungan syarikat pembinaan, kata MBSB Research.

 

Open Fibre saman RM2 bilion terhadap Bank Pembangunan dan enam lain atas pembubaran Aries Telecoms

KUALA LUMPUR 10 Jun – Open Fibre Sdn Bhd, pemegang saham majoriti dalam Aries Telecoms (M) Berhad (ATMB), telah memulakan tuntutan sivil besar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut ganti rugi sehingga RM2 bilion terhadap institusi kewangan pembangunan yang disokong kerajaan, B

Kejatuhan mendadak saham Tanco: Pengarah Urusan jual pada harga premium, adiknya beli pada harga rendah

KUALA LUMPUR 10 Jun – Kejatuhan mendadak harga saham Tanco Holdings Bhd tidak menghalang Pengarah Urusannya, Datuk Seri Andrew Tan Jun Suan daripada terus aktif membeli dan menjual saham syarikat itu ketika pasaran memberi perhatian terhadap pergerakan kaunter berkenaan.

TNB jadi tulang belakang Peralihan Tenaga Negara dengan pelaburan sehingga RM40.4 bilion - BIMB Securities

KUALA LUMPUR 10 Jun - Sektor utiliti negara dijangka mendapat manfaat besar daripada agenda peralihan tenaga yang semakin rancak, peningkatan permintaan elektrik serta pelaburan berbilion ringgit untuk memodenkan infrastruktur bekalan tenaga Malaysia.

 

Mahkamah Singapura keluarkan perintah sita pegangan Capital A dalam BigPay, Teleport

KUALA LUMPUR 10 Jun – Mahkamah Tinggi Singapura mengeluarkan perintah untuk menyita pegangan saham milik Capital A dalam BigPay dan Teleport Everywhere susulan tindakan penguatkuasaan timbang tara  melibatkan pengasas bersama BigPay.

 

Kenaikan ketara harga aluminium berpotensi sokong syarikat sektor bahan binaan asas, kata RHB Research

KUALA LUMPUR 10 Jun — Kenaikan mendadak harga aluminium global berikutan defisit bekalan semakin ketara dijangka memacu prestasi syarikat dalam sektor bahan binaan asas, menurut RHB Research.

 

22 projek sakit di Sabah dalam perhatian tajam kerajaan, kontraktor gagal bakal digugurkan

KUALA LUMPUR 10 Jun - Isu 22 projek persekutuan di Sabah yang diklasifikasikan sebagai “projek sakit” kini berada pada tahap membimbangkan, dengan kerajaan memberi isyarat jelas bahawa kelewatan berpanjangan tidak lagi boleh diterima dan perlu dihentikan segera sebelum menjejaska

Kos Diesel Naik Gila-Gila, Tetapi Kilang Masih Beroperasi Cara Lama

Ketika kos diesel melonjak mendadak dan menekan kos operasi industri, kebanyakan perniagaan masih beroperasi dengan cara lama.

 

Penggunaan sumber yang tidak efisien, pembaziran yang berterusan, dan kebocoran kos yang tidak disedari masih berlaku setiap hari.

 

Subscribe to Terkini