SumiSaujana tandatangani perjanjian taja jamin dengan RHB Investment Bank, bakal disenarai di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR 27 Feb - Pengeluar bahan kimia minyak dan gas (O&G), SumiSaujana Group Berhad, menandatangani perjanjian taja jamin dengan RHB Investment Bank Berhad bersempena tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian syarikat di Pasaran ACE Bursa Malaysia sebelum Jun 2025.







