KUALA LUMPUR 29 Sept - Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) berjaya menetapkan harga RM5.5 bilion nilai nominal bagi Sukuk Murabahah Kemampanan penarafan AAA pada 23 September 2022.
ABU DHABI 29 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas menamatkan lawatan kerja ke New York dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
KUALA LUMPUR 29 Sept - OpenSys (M) Bhd. menjangkakan pemindahan penyenaraian ke Papan Utama Bursa Malaysia daripada Pasaran ACE dapat diselesaikan pada Oktober ini.
KUALA LUMPUR 29 Sept - Plus Xnergy telah menggunakan penyelesaian solar bernilai hampir RM2 juta untuk penanam teh terkenal dunia, BOH Plantations Sdn. Bhd. di kemudahan fasilitinya di Bukit Cheeding, Selangor dan Cameron Highlands, Pahang.
KUALA LUMPUR 29 Sept - Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan pada Ogos 2022 terus sederhana untuk mencatatkan kenaikan 6.8% berbanding 7.6% pada Julai 2022.
KUALA LUMPUR 29 Sept – Pendapatan Scientex Bhd. meningkat 14.5% kepada RM1.1 bilion pada suku keempat berakhir 31 Julai 2022 berbanding RM970.4 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 29 Sept - Susulan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pesawat, AirAsia Malaysia turut memansuhkan syarat pemakaian pelitup muka di dalam penerbangannya berkuat kuasa serta-merta.
KUALA LUMPUR 29 Sept - CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) hari ini mengumumkan bahawa ia berada di landasan yang betul untuk melaksanakan sepenuhnya langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan bagi menangani penipuan seperti yang diumumkan oleh Bank Negara
KUALA LUMPUR 29 Sept – Tinjauan terbaharu perunding pengambilan professional dunia Robert Walters mendapati fenomena perletakan jawatan besar-besaran atau dikenali sebagai ‘Great Resignation’ yang banyak dilaporkan sebelum ini dilihat tidak terlalu menyerlah di Asia Tenggara.