KUALA LUMPUR 28 Sept - Central Global Bhd. menerusi anak syarikatnya, RYRT International Sdn. Bhd. memperoleh kerja pembinaan jalan di Sandakan, Sabah bernilai RM183.29 juta.
KUALA LUMPUR 28 Sept - K-One Technology Berhad menerusi anak syarikatnya, K-One MediTech Sdn Bhd menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Kementerian Kesihatan untuk mengedar dan menjual pita pelekat silikon bagi pembalut penjagaan luka.
KUALA LUMPUR 28 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu.
KUALA LUMPUR 28 Sept - Aonic (dahulunya dikenali sebagai Poladrone), merupakan rakan kongsi DJI Enterprise sejak 2017 yang kini bergelar Gold Partner, telah dilantik sebagai Pusat Perkhidmatan Rasmi DJI Enterprise pertama di Malaysia.
KUALA LUMPUR 28 Sept - HSBC Amanah Malaysia Berhad membangunkan Rangka Kerja Triple Bottom Line (TBL) bagi membantu bank itu meneruskan aspirasinya sebagai pengamal pengantaraan berasaskan nilai (VBI).
KUALA LUMPUR 28 Sept - Syarikat perlombongan terkemuka dunia, Vale mengumumkan penggunaan pemunggah kapal berautomasi di Terminal Maritim Teluk Rubiah (TRMT) pertama untuk syarikat itu di peringkat global, dan yang pertama seumpamanya di Asia.
KUCHING 28 Sept - Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (Statos) akan membawa tujuh ejen pelancongan terpilih yang berpangkalan di Singapura dalam lawatan suai kenal ejen pelancongan dari 29 Sept hingga 2 Okt, sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan pakej
KUALA LUMPUR 28 Sept - Yinson Holdings Bhd. menerusi cabang penyelesaian teknologi hijaunya, Yinson Green Technologies Pte Ltd (YGT) bersama rakan kongsi Goal Zero Consortium memulakan pembinaan Hydromover iaitu kapal kargo elektrik sepenuhnya dengan bateri boleh tukar.
PUTRAJAYA 28 Sept - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kegiatan penjualan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG) di platform pasaran dalam talian pada harga berlipat kali ganda.