Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Permintaan tinggi elektrik didorong pusat data, MBSB Research kekal saranan 'beli' saham TNB

KUALA LUMPUR 3 Sept – Permintaan tenaga elektrik negara dijangka terus kukuh sepanjang tahun ini, didorong terutamanya oleh faktor pertumbuhan pesat pusat data (DC), menurut MBSB Research.

Pendapatan korporat Malaysia Q2 merosot tetapi prospek pasaran semakin cerah - RHB Research

KUALA LUMPUR 3 Sept - Pendapatan korporat bagi suku Jun 2025 mencatatkan penyusutan di tengah-tengah ketidaktentuan perdagangan global dan ketegangan geopolitik, namun penganalisis RHB Research menyifatkan keputusan tersebut secara keseluruhan masih selaras dengan jangkaan.

Kerajaan sasar 10 syarikat tempatan jana pendapatan AS$1 bilion setahun melalui Strategi Semikonduktor Nasional - MITI

KUALA LUMPUR 3 Sept – Kerajaan menetapkan sasaran untuk melahirkan 10 syarikat tempatan dalam reka bentuk dan pembungkusan termaju yang mampu menjana pendapatan tahunan AS$1 bilion di bawah kerangka Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

 

Zchwantech peroleh status rakan kongsi Select Tier dalam Rangkaian Rakan AWS

KUALA LUMPUR 3 Sept - Zchwantech Sdn Bhd, penyedia rumusan teknologi tempatan, telah memperoleh status Amazon Web Services (AWS) Select Tier Partner dalam Rangkaian Rakan AWS (APN).

 

Trend lonjakan permintaan pelanggan bantu Aurelius pada 2HFY25, kata Maybank IB

KUALA LUMPUR 3 Sept – Permintaan pelanggan yang semakin melonjak dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan Aurelius Technologies Berhad dalam separuh kedua tahun kewangan 2025 (2HFY25).

Penganalisis saran ‘Beli’ Sunway Healthcare jadi pemacu nilai baharu Sunway Bhd

KUALA LUMPUR 3 Sept – Sunway Bhd dijangka membuka potensi nilai yang besar menerusi penyenaraian unit penjagaan kesihatannya, Sunway Healthcare Holdings (SHH) pada suku pertama 2026 yang akan menarik minat daripada pelabur institusi, kata penganalisis.

RUU Perolehan Kerajaan 2025 adalah `naik taraf perisian' penting dalam usaha perkukuh kepercayaan awam terhadap kerajaan dan kedaulatan undang-undang, kata Maybank IB

KUALA LUMPUR 3 Sept - Malaysia sedang memasuki fasa penting reformasi dan pertumbuhan, apabila “naik taraf perisian” institusi berjalan seiring dengan momentum pendapatan korporat yang kukuh, menurut Maybank Investme

Prestasi IOI Corporation disasar kukuh pada FY26, fokus 4 teras strategik – PublicInvest

KUALA LUMPUR 3 SeptIOI Corporation Berhad dijangka mencatat prestasi yang kukuh bagi tahun kewangan 2026 (FY26), disokong oleh pendapatan lebih tinggi daripada segmen perladangan.

Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4.10 menjelang akhir tahun, kata Maybank Investment Bank

KUALA LUMPUR 2 Sept - Prospek mata wang ASEAN, termasuk ringgit Malaysia (RM), dilihat semakin positif apabila gabungan faktor global dan serantau dijangka terus menyokong pengukuhan nilai, menurut Maybank Investment Bank.

 

Hantaran palsu: MCMC siasat ADUN Manjoi

KUALA LUMPUR 3 Sept – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan dan mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri, berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di media sosial mengenai insiden seorang wanita

Kerajaan luluskan 13 projek solar mampu jana 1,975MW menjelang 2027

KUALA LUMPUR 3 Sept – Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meluluskan sebanyak 13 projek solar berskala besar dengan jumlah kapasiti 1,975 megawatt (MW).

 

Oppstar jalin kerjasama dengan firma Taiwan bangunkan cip pemprosesan AI generasi baharu

KUALA LUMPUR 3 Sept – Oppstar Bhd bersama anak syarikatnya, AIRIS Labs Sdn Bhd, telah memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat tersenarai Taiwan, Inventec Corporation, dan anak syarikatnya, AsicAI Co Ltd, bagi kerjasama strategik dalam bidang pembangunan cip pe

Projek tenaga bersih korporat berpotensi pacu Sunview pada suku akan datang - MBSB Research

KUALA LUMPUR 3 SeptSunview Group Berhad dijangka mencatatkan prestasi kukuh dalam suku akan datang, dipacu pelbagai projek di bawah Program Pemeteran Tenaga Bersih Korporat (CGPP).

Subscribe to Terkini