Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Belanjawan 2026: RM42.9 bilion perkukuh ketenteraman awam, pertahanan negara melalui aset dan fasiliti strategik

KUALA LUMPUR 10 Okt – Kerajaan memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keselamatan negara menerusi peruntukan besar RM42.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan (RM21.7 bilion) dan Kementerian Dalam Negeri (RM21.2 bilion).

Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 diperluas untuk pusat jagaan harian, pusat transit

KUALA LUMPUR 10 Okt – Bermula tahun depan, pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 bagi perbelanjaan yuran taman asuhan atau tadika berdaftar untuk anak berumur 6 tahun akan diperluaskan kepada pusat jagaan harian dan pusat transit berdaftar untuk anak berumur sehingga 12 tah

RUU Antibuli 2025 akan dibentang di Parlimen, banteras jenayah buli secara menyeluruh

KUALA LUMPUR 10 Okt - Kerajaan menegaskan komitmen untuk menoktahkan gejala buli yang disifatkan sebagai “jenayah senyap” yang membunuh potensi, meninggalkan trauma berpanjangan, malah meragut nyawa.

 

Kerajaan perhebat sokongan sektor bernilai tinggi, pacu pelaburan domestik RM30 bilion melalui GLIC

KUALA LUMPUR 10 Okt - Kerajaan komited menggandakan sokongan terhadap sektor bernilai tinggi, termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), farmaseutikal dan digital, bagi memperkukuh rantaian bekalan strategik negara serta mempercepat pertumbuhan industri berimpak tinggi.

Belanjawan 2026: RM7.9 bilion perkasa TVET, fokus teknologi tinggi, bangun bakat tempatan

KUALA LUMPUR 10 Okt – Kerajaan memperkukuh agenda pembangunan bakat tempatan apabila memperuntukkan RM7.9 bilion bagi tahun 2026 untuk memperhebat pelaksanaan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sejajar keperluan industri berteknologi tinggi dan berimpak besar.<

RM2.3 bilion disalurkan untuk pembesaran lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri

KUALA LUMPUR 10 Okt – Kerajaan memfokuskan peningkatan kecekapan sektor logistik sebagai langkah untuk mempercepatkan aktiviti ekonomi, kos lebih efisien serta memberi manfaat kepada pelabur, industri dan rakyat.

 

Belanjawan 2026 memperuntukkan sejumlah RM470 bilion secara keseluruhan, tertinggi berbanding sebelum ini

KUALA LUMPUR 10 Okt - Belanjawan 2026 Malaysia MADANI yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan RM470 bilion diperuntukan secara keseluruhan, tertinggi dalam sejarah berbanding RM452 bilion pada tahun lalu.

 

Sabah, Sarawak terima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2026, bukti komitmen Perjanjian Malaysia 1963

KUALA LUMPUR 10 Okt – Sabah dan Sarawak menerima peruntukan Persekutuan tertinggi dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

 

Belanjawan 2026: RM1 bilion diperuntuk perhebat program Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR 10 Okt – Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi 2026 bagi memperhebat pelaksanaan pelbagai program di bawah Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada lagi bebas cukai untuk kereta elektrik diimport sepenuhnya mulai 2026 - MOF

KUALA LUMPUR 10 Okt – Kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya akan dikenakan cukai mulai tahun depan, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

 

Bus Cap rancang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Okt – Bus Cap Bhd, pengeluar bas dari Ipoh Perak, merancang untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul dana untuk membina kilang baharu. 

 

Naico, MAB Engineering jalin kerjasama perkukuh lahir bakat baharu industri aeroangkasa negara

KUALA LUMPUR 10 OktNational Aerospace Industry Corporation Malaysia (Naico) dan MAB Engineering Services Sdn Bhd bekerjasama dalam usaha berterusan memacu daya saing sektor aeroangkasa negara.

MMU, MCMC & GSMA lancar kohort ke-2 CTPR Masterclass 2025

KUALA LUMPUR 10 Okt – Multimedia University (MMU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Persatuan GSM (GSMA) melancarkan kohort kedua Converged Telecommunications Policy and Regulations (CTPR) Master Class sempena ulang tahun ke-10 program itu hari ini.

Subscribe to Terkini