Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MMU, MCMC & GSMA lancar kohort ke-2 CTPR Masterclass 2025

KUALA LUMPUR 10 Okt – Multimedia University (MMU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Persatuan GSM (GSMA) melancarkan kohort kedua Converged Telecommunications Policy and Regulations (CTPR) Master Class sempena ulang tahun ke-10 program itu hari ini.

BMI kekalkan unjuran harga minyak Brent pada AS$68 setong pada 2025

KUALA LUMPUR 10 Okt - BMI, unit penyelidikan Fitch Solutions mengekalkan unjuran harga purata tahunan minyak mentah Brent pada AS$68 (RM287) setong bagi tahun 2025 dan AS$67 setong bagi 2026, berbanding AS$80 setong pada 2024.

 

Sektor pembuatan catat jualan RM168.3 bilion pada Ogos, meningkat 2.7 peratus – DOSM

KUALA LUMPUR 10 Okt – Sektor pembuatan negara mencatatkan nilai jualan sebanyak RM168.3 bilion pada Ogos 2025, meningkat 2.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Insights Analytics masih berdepan risiko kebergantungan besar projek di Sarawak - TA Securities

KUALA LUMPUR 10 OktInsights Analytics Berhad berpotensi meraih manfaat besar daripada lonjakan permintaan terhadap rumusan teknologi air dan pengurusan aset pintar, menurut TA Securities.

MSB Global dilantik sebagai pengedar eksklusif penyerap hentakan jenama Gold di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR 10 Okt - MSB Global Group Berhad menerusi MSB Machinery Corp (Malaysia) Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar eksklusif produk penyerap hentakan automotif jenama Gold di Malaysia, Thailand dan Singapura.

 

Kelington, Worldwide Energy & SKS lancar projek hab hidrogen hijau 2MW di Batang Kali

KUALA LUMPUR 10 Okt – Kelington Group Berhad bekerjasama dengan Worldwide Energy Development Sdn. Bhd dan SKS Coachbuilders Sdn. Bhd bagi membangunkan hab pengeluaran hidrogen hijau 2 Megawatt di loji janakuasa hidro Kecil Batang Kali, Selangor.

 

Sektor makanan perlu anjakan strategik atasi kebergantungan tinggi import, kata RHB Research

KUALA LUMPUR 10 Okt – Kebergantungan tinggi Malaysia terhadap makanan import meletakkan negara dalam kedudukan amat terdedah kepada inflasi global dan kejutan bekalan, menurut RHB Research.

Petros ditubuh untuk laksanakan kuasa Sarawak bukan bersaing dengan PETRONAS - Kelab Penyokong GPS

KUALA LUMPUR 10 Okt – Sarawak mempunyai kuasa sah untuk mengurus dan mengawal pengagihan gas dalam sempadannya dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) ditubuhkan untuk melaksanakan kuasa itu, kata Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).

 

Wintech Metal kemuka permohonan IPO di Pasaran ACE bagi pembelian mesin, pembayaran pinjaman bank

KUALA LUMPUR 10 Okt - Pengeluar komponen logam dan perabot, Wintech Metal Berhad merancang untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul dana sebagai modal kerja, pembelian mesin serta peralatan baharu dan pembayaran semula pinjaman bank.

 

Mahkamah Rayuan putuskan pendapatan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dikenakan cukai sebagai pendapatan perniagaan bukan pendapatan penggajian

PUTRAJAYA 10 Okt – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan pendapatan yang diterima oleh seorang pengarah bukan eksekutif bebas syarikat hendaklah dikenakan cukai sebagai pendapatan perniagaan, dan bukannya pendapatan penggajian.

 

Binastra diunjur raih untung bersih sehingga RM24 juta daripada projek solar baharu, kata Phillip Capital

KUALA LUMPUR 10 Okt - Binastra Corporation Berhad diunjur meraih untung bersih antara RM21 juta hingga RM24 juta daripada projek solar baharu bernilai RM305 juta daripada Bahru Stainless Sdn Bhd, kata Phillip Capital.

 

Kenaikan bil Wessex Water lebih rendah daripada dimohon hadkan kesan positif YTL Power – CGSI

KUALA LUMPUR 10 Okt – Keputusan Britain meluluskan hanya kenaikan 4.7% bil air Wessex Water (WW) dijangka mengehadkan impak positif hasil jangka sederhana YTL Power International Berhad (YTLP).

Pembelian pesawat F/A-18 terpakai dari Kuwait hanya langkah sementara, Parlimen diberitahu

KUALA LUMPUR 10 Okt – Pembelian pesawat pejuang terpakai F/A-18 dari Kuwait hanyalah langkah jangka pendek bagi menampung jurang keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

 

Subscribe to Terkini