Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aeon raih manfaat kos operasi rendah, pengurusan pusat beli-belah stabil pada 2HFY25 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 15 OktAeon Co (M) Berhad dijangka mencatat prestasi lebih baik dalam separuh kedua tahun kewangan 2025, disokong faktor penjimatan kos operasi, menurut Maybank Investment Bank

KTI Landmark peroleh kontrak RM70 juta bina ibu pejabat baharu Kementerian Pelancongan Sabah

KUALA LUMPUR 15 Okt – Pemaju hartanah berpangkalan di Sabah, KTI Landmark Bhd memperoleh kontrak bernilai RM70 juta bagi membina bangunan ibu pejabat baharu untuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) di Kota Kinabalu.

 

MN Holdings kukuh kedudukan dalam sektor tenaga dengan buku tempahan RM1.1 bilion - Maybank IB

KUALA LUMPUR 15 Okt - Firma kejuruteraan dan pembinaan infrastruktur, MN Holdings Berhad terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor tenaga dengan buku tempahan bernilai RM1.1 bilion selain tender yang sedang diusahakan mencecah sehingga RM1.2 bilion.

 

Pinjaman diluluskan jatuh 1.5% pada 8M25, ancam pemulihan sektor hartanah – MBSB Research

KUALA LUMPUR 15 Okt – Walaupun permohonan pinjaman pembelian hartanah naik, jumlah diluluskan pula menurun sebanyak 1.5% tahun ke tahun (YoY) kepada RM188.8 bilion, kata MBSB Research.

Kabinet bincang insiden tragik, isu keselamatan dan disiplin di sekolah termasuk pengaruh media sosial - PM Anwar

KUALA LUMPUR 15 Okt - Kabinet akan membincangkan insiden tragik membabitkan kes tikaman pelajar baru-baru ini serta penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Sapura Industrial bekerjasama dengan syarikat Singapura buka kilang komponen bateri litium

KUALA LUMPUR 15 OktSapura Industrial Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat berpangkalan di Singapura, Funa Micro Technology Pte Ltd untuk membuka sebuah kilang pembuatan komponen logam khusus untuk bateri litium di Malaysia.

 

KLCI susut 3.73 mata pada Selasa, hanya sektor pengguna catat kenaikan

KUALA LUMPUR 15 Okt - Pasaran saham tempatan ditutup rendah pada 14 Oktober 2025 apabila FBM KLCI gagal mengekalkan kenaikan awalnya, terjejas oleh tekanan jualan berterusan pada sesi petang.

Padam segera jika telah muat naik kandungan berkaitan insiden tikaman pelajar - MCMC

KUALA LUMPUR 15 Okt - Orang ramai dinasihatkan segera memadamkan kandungan berkaitan insiden tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah di Bandar Utama, Selangor, jika telah memuat naik inisiden tersebut di media sosial, tegas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MC

Harga minyak sawit terlalu tinggi hakis permintaan global, kata RHB Research

KUALA LUMPUR 15 Okt – Kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) terlalu tinggi mencecah paras RM4,500 satu tan kini mengundang risiko serius terhadap permintaan global, menurut RHB Research.

Syarikat telekomunikasi tawar harga kompetitif bagi perkhidmatan jalur lebar kekalkan pelanggan, kata Kenanga

KUALA LUMMPUR 15 Okt - Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) kini menawarkan diskaun dan harga yang lebih kompetitif untuk perkhidmatan jalur lebar tetap di rumah berbanding pelan pascabayar bagi mengekalkan pelanggan dan pendapatan, menurut Kenanga Research.

 

Southern Cable Bhd sasar kumpul RM259.2 juta melalui penempatan persendirian

KUALA LUMPUR 15 Okt – Southern Cable Group Bhd bercadang untuk mengumpul sehingga RM259.2 juta melalui penempatan persendirian bagi membiayai perbelanjaan modal, mengembangkan operasi perniagaan dan modal kerja.

 

Lebih 11 juta rakyat telah manfaat skim subsidi Budi95 setakat 13 Oktober - Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR 15 Okt - Lebih 11 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat daripada sistem subsidi bersasar Budi Madani untuk petrol RON95 (BUDI95) apabila menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding harga sebenar RM2.60, menurut Kementerian Ekonomi.

Tidak sampai 6 bulan jadi Timbalan Pengerusi Eksekutif NexG, Tan Sri Mohd Khairul Adib letak jawatan

KUALA LUMPUR 15 Okt - NexG Bhd mengumumkan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman telah meletakkan jawatan sebagai timbalan pengerusi eksekutif syarikat itu, kurang daripada enam bulan selepas memegang jawatan tersebut.

 

Subscribe to Terkini