Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Orkim Citrine tingkatkan kapasiti muatan kapal kumpulan sebanyak 30% kepada 239,186 DWT 

KUALA LUMPUR 16 Okt – Orkim Berhad peneraju pengangkutan marin Malaysia mengukuhkan kedudukannya dalam industri dengan penambahan kapal terbaharu, Orkim Citrine, sebuah kapal tangki bersaiz sederhana dengan kapasiti muatan 49,999 tan metrik (deadweight tonnes, DWT).

 

Keuntungan Frontken pada 3Q diramal cecah RM60 juta didorong peningkatan permintaan cip pelanggan Taiwan - penganalisis

KUALA LUMPUR 16 Okt - Keuntungan Frontken Corp Berhad pada suku ketiga dijangka mencecah antara RM55 juta hingga RM60 juta didorong peningkatan permintaan cip dua nanometer (2nm) daripada pelanggan utamanya di Taiwan. 

 

30 jenama pengusaha tempatan sertai Festival Kopi Selangor 2025

KUALA LUMPUR 16 Okt – Sebanyak 30 jenama dan pengusaha kopi tempatan dari sembilan daerah di Selangor akan menyertai Festival Kopi Selangor 2025.

 

Nadir Bumi: Malaysia boleh ambil peluang di sebalik ketegangan perdagangan AS-China, kata MBSB

KUALA LUMPUR 16 Okt - Ketegangan perdagangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat dan China berpotensi membuka ruang strategik kepada Malaysia untuk muncul sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan global, khususnya dalam sektor nadir bumi (REE) dan semikonduktor.

Gangguan bekalan elektrik di Lembah Klang, Johor serlah keperluan perbelanjaan modal baharu sektor tenaga - CGSI

KUALA LUMPUR 16 Okt - Gangguan bekalan elektrik yang melanda Lembah Klang dan Johor semalam, mengukuhkan lagi keperluan bagi memulakan kitaran perbelanjaan modal (capex) baharu dalam sektor tenaga, kata CGS International.

 

Goldfinch rancang IPO di Pasaran ACE perluas rangkaian perniagaan emas

KUALA LUMPUR 16 Okt – Goldfinch Group Bhd, peruncit barangan kemas emas dan jongkong pelaburan, merancang untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul dana untuk memperluaskan operasi perniagaan dan pembangunan jenama.

 

Karnival Perkahwinan Galasa Ipoh kembali lagi, himpun lebih 25 penyedia perkhidmatan perkahwinan

IPOH 16 Okt - Bakal pengantin boleh merancang majlis impian mereka dengan lebih mudah apabila Karnival Perkahwinan Galasa Ipoh kembali untuk edisi keduanya pada Jumaat sehingga Ahad ini.

 

EP Manufacturing peroleh kontrak 8 tahun dari SAIC Motor pasang kenderaan MG di Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Okt – EP Manufacturing Bhd terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor automotif tempatan apabila dilantik sebagai syarikat pemasangan kontrak bagi beberapa model kenderaan jenama MG oleh SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd.

 

Teleport berpotensi capai sasaran penghantaran 2 juta bungkusan sehari menjelang akhir 2025, kata HLIB

KUALA LUMPUR 16 Okt - Teleport kekal di landasan untuk mencapai sasaran penghantaran 2 juta bungkusan sehari menjelang akhir tahun 2025, didorong pertumbuhan kukuh segmen e-dagang dan peluasan rangkaian ke pasaran antarabangsa.

 

Duopharma pamer amalan terbaik farmaseutikal halal di kilangnya kepada delegasi negara Islam

KUALA LUMPUR 16 Okt Duopharma Biotech Berhad terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri farmaseutikal halal apabila menerima kunjungan kira-kira 30 delegasi daripada Standards and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC)

Time diyakini kekal status penyedia jalur lebar premium, enggan sertai 'perang harga' - Kenanga

KUALA LUMPUR 16 Okt - Time Dotcom Berhad diyakini mengekalkan statusnya sebagai penyedia jalur lebar premium di Malaysia dengan fokus kepada strategi berasaskan kualiti perkhidmatan yang konsisten dengan standard tinggi.

 

SNS Network, Mimos tubuhkan syarikat usaha sama perkasa jaminan digital negara

KUALA LUMPUR 16 Okt – Syarikat penyedia produk dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) serta komunikasi, SNS Network Technology Bhd kini bekerjasama dengan Mimos Bhd bagi menyediakan perkhidmatan semakan sistem digital dan jaminan kualiti di Malaysia.

 

Hartalega fokus tingkatkan kecekapan operasi, waspada saingan pengeluar sarung tangan China - penganalisis

KUALA LUMPUR 16 Okt - Hartalega Holdings Berhad terus memberi tumpuan kepada kecekapan operasi dan kawalan kos bagi mendepani cabaran pengeluar sarung tangan China yang semakin agresif menembusi pasaran Asia Tenggara selain pasaran Amerika Syarikat (AS).

 

Subscribe to Terkini