Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MAHB catat peningkatan 12.2% pergerakan penumpang pada suku ketiga 2025

KUALA LUMPUR 21 Okt – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat pertumbuhan kukuh pada suku ketiga 2025 apabila jumlah pergerakan penumpang di seluruh kumpulan, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGIA) meningkat kepada 40.6 juta penumpang.

Belanjawan 2026 masih belum cukup strategik pacu ekonomi kreatif jangka panjang – penggiat industri

KUALA LUMPUR 21 Okt – Penggiat industri pengiklanan dan pemasaran kreatif menyifatkan Belanjawan 2026 masih belum cukup strategik atau berjangka panjang untuk memacu pertumbuhan mampan sektor kreatif di Malaysia.

 

Yuran baharu SC beri tekanan kos kepada Bursa Malaysia mulai FY26, namun boleh dikawal – CGSI

KUALA LUMPUR 21 Okt – Pelaksanaan yuran tetap tahunan dan levi derivatif baharu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka memberi impak kewangan langsung kepada Bursa Malaysia Berhad.

Syarikat perladangan Malaysia terdedah kepada impak kewangan susulan peraturan baharu kerajaan Indonesia - CGS International

KUALA LUMPUR 21 Okt - Syarikat Malaysia yang terbabit dalam aktiviti perladangan di Indonesia dijangka menerima impak kewangan daripada denda one-off susulan pengenalan peraturan baharu oleh kerajaan republik itu, kata CGS International.

 

Pemindahan operasi ke kilang Gopeng diramal jejas keuntungan jangka pendek Unisem, kata CGSI

KUALA LUMPUR 21 Okt - Unisem (M) Bhd diramal terus berdepan tekanan margin bagi tempoh antara enam hingga sembilan bulan akan datang berikutan proses pemindahan operasi daripada kilang lamanya di Simpang Pulai ke fasiliti baharunya di Gopeng, kata CGS International.

 

Projek naik taraf Terminal Larkin Sentral Fasa 1 bernilai RM2.5 juta siap sepenuhnya

KUALA LUMPUR 21 Okt – Fasa pertama projek naik taraf Terminal Larkin Sentral bernilai RM2.5 juta telah disiapkan sepenuhnya yang akan memberi kemudahan selesa untuk pengguna pengangkutan awam terutama di Johor Bahru.

 

Presiden Trump sah akan ke Malaysia, Jepun, Korea Selatan

WASHINGTON 21 Okt - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata, beliau akan melawat Malaysia, Jepun dan Korea Selatan, sambil menyatakan beliau juga mahu “bersikap baik terhadap China,” lapor Kyodo News.

Syarat kawal selia Thailand selesai, penstrukturan Capital A hampir lengkap - penganalisis

KUALA LUMPUR 21 Okt - Proses penstrukturan semula kumpulan penerbangan di bawah Capital A Berhad dan AirAsia X Bhd (AAX) kini hampir selesai, selepas kedua-dua pihak berjaya menyempurnakan syarat terakhir berkaitan kelulusan pihak berkuasa Thailand.

 

Saham EcoWorld masih mahal, pelabur perlu waspada pertumbuhan jangka sederhana – MBSB Research

KUALA LUMPUR 21 OktEcoWorld Development Group Berhad terus mengukuh kehadiran di Semenyih, Selangor dengan pengambilalihan tanah baharu untuk pembangunan komersial, kata MBSB Research.

Kerja pembinaan kabel dasar laut Sarawak ke Singapura dijangka bermula 2026

KUALA LUMPUR 21 Okt – Pembinaan kabel kuasa dasar laut bagi menyalurkan tenaga boleh diperbaharui (RE) dari Sarawak ke Singapura dijangka bermula selewat-lewatnya pada tahun 2026, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

 

Pengeksport Malaysia dapat sesuaikan diri dengan rejim tarif baharu AS - Maybank IB

KUALA LUMPUR 21 Okt -  Data perdagangan luar Malaysia bagi September 2025 menunjukkan pemulihan eksport ke Amerika Syarikat, selepas kelembapan pada Jun dan Julai serta penurunan pada Ogos berikutan penguatkuasaan tarif timbal balik sebanyak 19%

Sektor hartanah terjejas sementara disebabkan pembubaran DUN Sabah - penganalisis

KUALA LUMPUR 21 Okt - Sentimen pasaran dalam sektor hartanah tempatan dilihat sedikit terjejas sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lalu, dengan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 29 Nove

Ringgit terus lemah meskipun data ekonomi domestik tunjuk ketahanan - MBSB Research

KUALA LUMPUR 21 Okt – Ringgit terus mencatatkan prestasi lemah apabila ditutup lebih rendah minggu lalu, menyusut sebanyak -0.1% secara minggu ke minggu (w-o-w) kepada RM4.227 berbanding dolar Amerika Syarikat, menurut MBSB Research.

 

Subscribe to Terkini