Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TEKCE lancar program rakan kongsi, pemasaran affiliate baharu tingkatkan jualan hartanah antarabangsa

KUALA LUMPUR 16 Dis – TEKCE Real Estate mengumumkan pengembangan Program Rakan Kongsi dan pelancaran Program Affiliate baharunya  yang direka untuk memudahkan jualan hartanah merentas sempadan secara lebih telus dan memberi ganjaran sesuai.

 

Kitaran kadar faedah lebih menarik, pilihan raya negeri dijangka pacu prospek sektor hartanah 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 16 Dis - Kadar faedah yang lebih menarik, pilihan raya negeri di Melaka, Johor dan Sarawak dijangka memacu pertumbuhan sektor hartanah pada tahun 2026, menurut CIMB Securities.

 

Mesiniaga raih kontrak RM19.8 juta sewaan ICT sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di Sarawak

KUALA LUMPUR 16 DisMesiniaga Berhad meraih Surat Setuju Terima daripada Kementerian Pendidikan bagi menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sarawak.

Kemasukan dalam F4GBM, F4GBMS kukuhkan reputasi DNeX di peringkat global

KUALA LUMPUR 16 Dis – Dagang NeXchange Berhad (DNeX) berjaya dimasukkan ke dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia Shariah (F4GBMS) berkuat kuasa 22 Disember 2025. 

 

Pelan Tindakan Komprehensif pulihkan Aerotrain KLIA tunjuk kemajuan positif, MAHB mula ujian operasi

KUALA LUMPUR 16 Dis – Pelan Tindakan komprehensif (CAP) bagi menangani isu gangguan perkhidmatan sistem Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mula menunjukkan kemajuan positif.

Tanpa lebihan muatan syarikat catat peningkatan kecekapan operasi, kadar pengangkutan kekal - Persekutuan Pengangkutan Lori

KUALA LUMPUR 16 Dis - Tindakan tegas kerajaan terhadap amalan lebihan muatan kenderaan terbukti berkesan apabila kadar pengangkutan tidak menunjukkan sebarang peningkatan ketara sepanjang lapan minggu lalu, menurut Persekutuan Pengangkutan Lori Malaysia (MTF).

 

Keuntungan bersih Scientex Packaging meningkat lebih 200% kepada RM9.27 juta pada 1QFY26

KUALA LUMPUR 16 Dis – Scientex Packaging (Ayer Keroh) Berhad mencatatkan prestasi kewangan suku pertama berakhir 31 Oktober 2025 (1QFY2026) yang kukuh, dengan keuntungan bersih meningkat kepada RM9.27 juta berbanding RM2.9 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Kerjaya Prospek capai sasaran perolehan kerja RM1.8 bilion pada FY25 susulan kontrak di Johor – TA Securities

KUALA LUMPUR 16 DisKerjaya Prospek Group Berhad berjaya mencapai sasaran perolehan kerja FY25 sebanyak RM1.8 bilion, disokong oleh kemenangan kontrak pembinaan bangunan kedua di Johor.

Cadangan IPO masih dalam pertimbangan di sebalik pengembangan ke pasaran Eropah - Pengasas Bjak

KUALA LUMPUR 16 Dis – Bjak Sdn Bhd, platform insurans dalam talian terbesar di Malaysia masih memikirkan secara mendalam cadangan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) dalam tempoh dua tahun walaupun syarikat tersebut berhasrat menembusi pasaran Eropah.

 

Skim Rumah Idaman pacu pertumbuhan berulang Gagasan Nadi Cergas pada FY25, kata RHB Research

KUALA LUMPUR 16 DisGagasan Nadi Cergas Berhad dijangka mencatat pertumbuhan lebih mampan dipacu oleh banyak projek perumahan mampu milik Rumah Idaman di Selangor, menurut RHB Research.

KTMB tambah perkhidmatan tren selatan, Pantai Timur mulai 1 Januari 2026

KUALA LUMPUR 16 Dis – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan pertambahan perkhidmatan tren bagi sektor selatan dan Pantai Timur bermula 1 Januari 2026, selaras usaha berterusan meningkatkan kapasiti, ketersambungan dan keselesaan perjalanan antara negeri.

Aktiviti perindustrian Malaysia dijangka kekal kukuh hingga 2026 – Penganalisis

KUALA LUMPUR 16 Dis - Aktiviti perindustrian Malaysia dijangka meneruskan momentum pertumbuhannya dalam beberapa suku akan datang, disokong oleh persekitaran sektor pembuatan yang semakin kukuh, meskipun berdepan risiko luaran yang masih berlarutan.

 

Sabah Ports optimis prestasi tahun hadapan lebih baik didorong permintaan logistik stabil

KUALA LUMPUR 16 Dis – Sabah Ports Sdn Bhd menjangkakan prestasi tahun hadapan yang baik disokong oleh perdagangan pintu masuk yang stabil, keyakinan pelabur yang semakin meningkat serta permintaan berterusan terhadap perkhidmatan logistik yang boleh dipercayai selaras dengan usah

Subscribe to Terkini