Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gudang Wah Seng di Ipoh terima penarafan tertinggi bangunan lestari

IPOH 30 Mac – Pusat pengedaran milik Wah Seng (1986) Sdn. Bhd. di Taman Maju Rapat di sini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi gudang pertama di Malaysia menerima penarafan GreenRE Platinum.

 

Kenaikan harga minyak ubah prospek syarikat tenaga, Ranhill mungkin paling terjejas — TA Research

KUALA LUMPUR 30 Mac - Peningkatan harga bahan api global susulan ketegangan geopolitik di Timur Tengah dijangka memberi kesan berbeza kepada syarikat utiliti dan berkaitan tenaga di Malaysia, menurut TA Research.

 

Loji polisilikon berkuasa tenaga bersih pertama Asia Tenggara di Sarawak dapat sokongan pembiayaan Bank Dunia

KUALA LUMPUR 30 Mac — Loji polisilikon berkuasa tenaga bersih pertama Asia Tenggara yang dibina di Sarawak mendapat sokongan pembiayaan daripada International Finance Corporation (IFC), cabang swasta Kumpulan Bank Dunia.

 

Media Chinese International jual hartanah syarikat akhbar di Kanada RM28.7 juta kepada Cyclone Range

KUALA LUMPUR 30 MacMedia Chinese International Limited melupuskan hartanah anak syarikatnya, Ming Pao Holdings (Canada) Limited di Toronto, Kanada pada harga C$9.9 juta (RM28.65 juta).

Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan CEO berkuat kuasa 6 April 2026

KUALA LUMPUR 30 Mac – Capital A Berhad melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April 2026, dalam usaha memperkukuh barisan kepimpinan ketika syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.

 

Permintaan tinggi minyak sawit susulan ketegangan di Timur Tengah beri kelebihan kepada Kim Loong – TA Securities

KUALA LUMPUR 30 Mac – Ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang mendorong kenaikan kos minyak dan logistik kini menjadi pemangkin utama kepada permintaan minyak sawit, menurut TA Securities.

Crude surges, stocks dive as Houthi attacks escalate Iran war

HONG KONG March 30 (AFP) - Oil prices rallied and stocks tumbled again Monday as the Middle East crisis escalated with the entry of Houthi rebels into the Iran war and investors grew increasingly concerned the United States would send in ground troops.

Pentamaster dijangka terima tempahan baharu susulan penambahan kilang di China & India – AmInvest

KUALA LUMPUR 30 Mac – AmInvestment Bank mengekalkan pandangan positif terhadap saham Pentamaster Corporation Berhad dengan menaikkan harga sasaran kepada RM3.90 sesaham, atau potensi pulangan 32% dari harga semasa RM2.97. 

 

Pembukaan 56 cawangan hingga FY29 dibimbangi menekan kos Empire Premium Food, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 30 Mac – Pelan pengembangan agresif rangkaian kedai susyi oleh Empire Premium Food Berhad berpotensi meningkatkan pertumbuhan, namun pada masa sama menimbulkan risiko kritikal.

Sektor tenaga solar utiliti dijangka meningkat 2QFY26, peluang EPCC RM10 bilion menanti - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 30 Mac - Aktiviti solar berskala utiliti dijangka meningkat secara beransur-ansur pada suku kedua 2026, didorong oleh penurunan harga modul solar dan kos input yang lebih rendah, menjadikan sektor tenaga boleh diperbaharui terus menarik bagi pelabur, kata Kenanga Res

Saham BIMOffice melonjak 76.67% pada penampilan pertama di Pasaran LEAP

KUALA LUMPUR 30 Mac – Saham BIMOffice Group Berhad melonjak naik pada hari pertama penyenaraiannya di Pasaran LEAP Bursa Malaysia apabila dibuka pada RM0.265 sesaham, mencatat kenaikan 76.67% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM0.15. 

 

Sambutan 55 tahun: CHJ Motors tawar hadiah RM1.5 juta termasuk kondominium kepada pelanggan

KUALA LUMPUR 30 Mac – Chin Hin Jitra Sdn Bhd (CHJ Motors), salah satu pengedar motosikal tertua di Utara Malaysia, menyambut ulang tahunnya yang ke-55 dengan melancarkan kempen penghargaan pelanggan bertajuk “Satu Motor, Satu Rumah Impian”.

 

Harga minyak sawit tinggi bantu SD Guthrie hadapi kenaikan kos diesel - PublicInvest

KUALA LUMPUR 30 Mac — SD Guthrie Bhd kekal yakin paras harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi mampu bertindak sebagai pelindung nilai semula jadi dalam menangani peningkatan kos diesel dan logistik.

 

Subscribe to Terkini