Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Prestasi Teo Seng kekal berdaya tahan disokong permintaan stabil walaupun tanpa sokongan subsidi telur - Mercury Securities

KUALA LUMPUR 15 April – Keuntungan Teo Seng Capital Berhad dijangka kembali ke tahap lebih stabil selepas berakhirnya sokongan subsidi telur kerajaan yang sebelum ini menyumbang kepada peningkatan ketara pendapatan kumpulan, menurut Mercury Securities.

 

Isu ketidaktentuan DNB terus kekang sektor telekomunikasi, Kenanga pilih TIME dotCom

KUALA LUMPUR 15 April – Ketidaktentuan impak kewangan susulan pengambilalihan Digital Nasional Berhad (DNB) terus membelenggu sektor telekomunikasi negara, menurut analisis Kenanga Research.

Selangor, Kuala Lumpur catat kes kehilangan pekerjaan tertinggi pada Mac - HLIB

KUALA LUMPUR 15 April - Selangor dan Kuala Lumpur terus mencatatkan jumlah kes kehilangan pekerjaan (LOE) tertinggi pada Mac, mendahului negeri-negeri lain, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).

 

Bekas pembantu juruterbang AirAsia menang rayuan, terima pampasan RM147,400

KUALA LUMPUR 15 April – Mahkamah Rayuan memberikan pampasan dan tunggakan gaji sebanyak RM147,400 kepada bekas pembantu juruterbang AirAsia Berhad (AAB) yang dipecat secara salah semasa penularan pandemik COVID-19 pada 2020.

 

Pertumbuhan Pekat diramal kukuh didorong buku tempahan terkumpul RM843 juta, kata Phillip Capital

KUALA LUMPUR 15 April – Prospek pertumbuhan Pekat Group Berhad sepanjang tahun ini diramal kekal utuh disokong oleh buku tempahan terkumpul yang berjumlah RM843 juta, menurut Phillip Capital.

Penghasilan biodiesel B12 dijangka tingkatkan penggunaan minyak sawit kepada 900,000 tan - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 15 April - Langkah kerajaan untuk meningkatkan kadar adunan biodiesel dijangka memberi kesan positif kepada harga minyak sawit mentah (MSM), di samping menyediakan potensi peningkatan kepada syarikat perladangan bersepadu yang mempunyai pendedahan dalam segmen terseb

Theta Edge, Qiwary jalin kerjasama teroka platform pengurusan Haji digital di Indonesia

KUALA LUMPUR 15 April – Theta Edge Berhad memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PT Qiwary Solusi Finansiaku bagi meneroka potensi pembangunan dan pelaksanaan platform pengurusan digital Haji di Indonesia.

 

Pendapatan sektor semikonduktor berisiko susut 2.7% jika harga minyak global cecah AS$100 – TA Securities

KUALA LUMPUR 15 April – Pendapatan sektor semikonduktor berisiko terjejas sekitar 2.7% sekiranya harga minyak mentah global meningkat sehingga AS$100 (RM394.81) setong, menurut TA Securities.

Mustafa Jewellery manfaatkan pendekatan budaya dan pempengaruh rangsang permintaan koleksi perak

KUALA LUMPUR 15 April – Mustafa Jewellery terus memperkukuhkan kedudukan dalam pasaran peruncitan perhiasan tempatan menerusi penganjuran kempen berteraskan budaya dan pelan pengembangan serantau, mencerminkan strategi jenama dalam memanfaatkan sentimen perayaan bagi merangsang p

Malaysia Smelting dijangka catat prestasi lebih kukuh meskipun berdepan kekangan bekalan bijih timah global - UOBKH

KUALA LUMPUR 15 April - Malaysia Smelting Corp Bhd (MSC) dijangka mencatatkan prestasi kewangan yang lebih kukuh, didorong peningkatan hasil perlombongan serta kecekapan kos, meskipun berdepan kekangan berterusan dalam bekalan bijih timah global, UOB Kay Hian (UOBKH) Research.

Hasil Hibiscus pada FY26 diyakini pulih dipacu harga minyak mentah global semakin mahal, kata HLIB

KUALA LUMPUR 15 April – Peningkatan harga minyak mentah global diyakini menjadi pemangkin utama kepada pemulihan pendapatan Hibiscus Petroleum Berhad, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Ocean Fresh Berhad dikenakan cukai LHDN berjumlah RM4.18 juta bagi tahun 2021-2024

KUALA LUMPUR 15 April - Syarikat makanan laut sejuk beku, Ocean Fresh Bhd, memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, Ocean Fresh Seafood Products Sdn Bhd dikenakan bil cukai pendapatan berjumlah RM4.18 juta bagi tahun taksiran 2021 hingga 2024 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHD

Saham Muhibbah Engineering dianggap terlalu murah oleh pasaran, CGSI kekal saranan ‘Tambah’ dengan TP RM0.81

KUALA LUMPUR 15 April – Saham Muhibbah Engineering Bhd dilihat masih diniagakan pada penilaian yang terlalu murah oleh pasaran, meskipun kumpulan itu terus mencatat kemenangan kontrak baharu serta mengukuhkan buku tempahan projeknya, menurut CGS International (CGSI).

Subscribe to Terkini