Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Firma Korea Selatan, Simmtech siapkan pengembangan fasa kedua bernilai RM326 juta di Batu Kawan

KUALA LUMPUR 30 April - Sustio Sdn Bhd anak syarikat Simmtech Group dari Korea Selatan bakal menggandakan pengeluaran papan litar berprestasi tingginya selepas siapnya fasa kedua pengembangan bernilai RM326 juta di Batu Kawan, Pulau Pinang. 

 

Hartanah Kenyalang sasar kumpul RM19.3 juta melalui IPO di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 30 April - Syarikat pembinaan Sarawak, Hartanah Kenyalang Bhd, merancang untuk mengumpul RM19.3 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

 

Bursa Malaysia lancarkan inisiatif Bursa RISE+ tingkatkan profil korporat syarikat

KUALA LUMPUR 30 April — Bursa Malaysia Berhad melancarkan inisiatif Bursa Research Incentive Scheme Plus (Bursa RISE+) bagi meningkatkan profil korporat syarikat terpilih yang disokong oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF).

KPJ rawat pesakit guna teknologi perubatan holografi, realiti maya

KUALA LUMPUR 30 April - KPJ Healthcare Berhad memperkenalkan teknologi perubatan holo (holomedicine) di Hospital Pakar Damansara 2 yang membolehkan imbasan MRI ditukar kepada imej 3D anatomi manusia menggunakan teknologi realiti campuran dan holografi.

 

TNB Genco, PKNPk santuni 50 keluarga asnaf di Hulu Perak

KUALA LUMPUR 30 April — TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) menyantuni sejumlah 50 keluarga asnaf di Kampung Bersia Lama, Gerik menerusi satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sarawak perkenal KETEQ AI, peranti penukar kuasa berasaskan AI pertama dunia

KUALA LUMPUR 30 April - Kerajaan Sarawak mencatat kejayaan baharu dalam teknologi global dengan pelancaran KETEQ AI, iaitu peranti penukar kuasa berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia, hasil usaha dan kepakaran anak negeri itu sepenuhnya.

 

Kerugian PGF Capital akibat pembukaan kilang baharu diselamatkan insentif cukai - TA Securities

KUALA LUMPUR 30 April — PGF Capital Berhad hampir mencatatkan kerugian dari segi hasil susulan pembukaan kilang baharu di Kulim, Kedah yang dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025, kata TA Securities.

JS-SEZ berpotensi ubah Malaysia, Singapura jadi hab inovasi dan teknologi berbanding pusat pembuatan konvensional - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 30 April - Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi mengubah Malaysia dan Singapura menjadi hab inovasi dan teknologi berkembang maju berbanding pusat pembuatan konvensional, kata CIMB Securities.

 

MyEG, MIMOS lancar platform rantaian blok pacu ekonomi digital Malaysia

KUALA LUMPUR 30 April - MyEG Services Bhd melancarkan Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI), sebuah platform yang dibangunkan dengan kerjasama MIMOS Technology Solutions Sdn Bhd bagi memupuk inovasi rantaian blok dan memudahkan penyepaduan aset digital dalam pelbagai industri

Asas Ekonomi Teguh di bawah Kerajaan Madani Mampu Pacu Malaysia Hadapi Kesuraman Global - Pakar Ekonomi

Di tengah-tengah tekanan global sekarang, asas-asas ekonomi Mal

DXN diunjur mampu catat pertumbuhan lebih tinggi FY25 dipacu pertambahan permintaan - RHB Research

KUALA LUMPUR 30 April — DXN Holdings Berhad diunjur mampu mencatatkan pertumbuhan hasil yang lebih tinggi pada FY25 dengan dipacu momentum permintaan semakin bertambah ke atas produknya, kata RHB Research. 

Mustakim Mohamad dilantik sebagai Pengarah Urusan, CEO Lembaga Tabung Haji

KUALA LUMPUR 30 April - Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH), Mustakim Mohamad dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji yang baharu, berkuat kuasa 6 Mei 2025.

 

KLCCP jangka kadar sewa pejabat terus meningkat tahun ini

KUALA LUMPUR 30 April - KLCCP Stapled Group menjangkakan kadar sewa bagi segmen pejabatnya akan meningkat tahun ini, disokong oleh usaha berterusan menaik taraf dan memodenkan aset miliknya.

 

Subscribe to Terkini