Tunku Tun Aminah dilantik sebagai Pengerusi U Mobile, Mawar Setia kini pemegang saham majoriti
KUALA LUMPUR 17 Mac — Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail dilantik sebagai Pengerusi U Mobile Sdn Bhd berkuat kuasa 13 Mac 2026, sekali gus memperkukuh kepimpinan dan tadbir urus syarikat telekomunikasi itu ketika ia memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.






