Khee San hampiri keluar PN17 selepas melepasi 'halangan terakhir dan paling kritikal' dalam penstrukturan semula syarikat
KUALA LUMPUR 18 Mac – Khee San Bhd kini semakin hampir untuk keluar daripada status Practice Note 17 selepas berjaya melengkapkan pelan penstrukturan semulanya, sekali gus menamatkan tempoh lebih empat tahun berdepan tekanan kewangan.




