Silap tanda 'Cukai Ditanggung Oleh Majikan", pembayar cukai tidak perlu kemukakan pindaan BNCP
PUTRAJAYA 18 Mac - Pembayar cukai individu tidak perlu mengemukakan pindaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 bagi membetulkan kesilapan penandaan ruangan “Cukai ditanggung oleh majikan” secara tidak sengaja semasa pengisian borang tersebut.





