Untung bersih Paradigm REIT cecah RM89.46 juta bagi FY25
KUALA LUMPUR 26 Jan – Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT) mencatatkan untung bersih sebanyak RM89.46 juta bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY25), disokong prestasi kukuh pendapatan sewaan serta keuntungan penilaian semula hartanah pelaburan.






