Maybank IB jangka ViTrox catat hasil melebihi RM1 bilion buat pertama kali, kekal saran 'Beli'
KUALA LUMPUR 15 Jun – ViTrox Corporation Bhd dijangka mencatat sejarah baharu apabila hasil syarikat itu berpotensi melepasi RM1 bilion buat pertama kali pada tahun ini, disokong oleh permintaan kukuh terhadap peralatan semikonduktor dan aplikasi berkaitan kecerdasan buatan (AI).













