Lagenda jadikan Epicon sebagai cabang pembinaan kumpulan menerusi urus niaga RM543.16 juta
KUALA LUMPUR 15 Julai – Lagenda Properties Bhd menyusun semula perniagaannya menerusi cadangan urus niaga bernilai RM543.16 juta dengan Epicon Bhd yang meletakkan Epicon sebagai platform pembinaan utama kumpulan bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang.













