Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Farmiera raih RM167.2 juta pendapatan 1QFY2026, isytihar dividen sulung 0.5 sen selepas penyenaraian

KUALA LUMPUR 18 Mei – Farmiera Berhad mencatat prestasi kewangan yang stabil bagi suku pertama berakhir 31 Disember 2026 (Q1FY2026) dengan hasil sebanyak RM167.2 juta disokong oleh operasi bersepadu dalam segmen penternakan dan pemprosesan ayam.

 

WCT menang kontrak pembinaan jalan raya di Taiwan bernilai RM153 juta

KUALA LUMPUR 18 Mei - WCT Holdings Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya di Taiwan, WCT Berhad Taiwan Branch, berjaya meraih kontrak pembinaan projek infrastruktur jalan raya di Taiwan bernilai kira-kira RM152.68 juta.

 

AEON catat untung bersih RM83.7 juta pada suku pertama FY2026, naik 22.9%

KUALA LUMPUR 18 Mei - AEON Co. (M) Bhd mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM83.7 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, meningkat 22.9% berbanding RM68.1 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

 

FGV Dairy Farm tamatkan operasi ladang tenusu, aset di Linggi dilelong Agrobank selepas gagal bayar RM18.7 juta

KUALA LUMPUR 18 Mei – FGV Dairy Farm Sdn Bhd, pengeluar produk susu di bawah jenama Bright Cow, telah menamatkan operasi ladang tenusu di Linggi, Negeri Sembilan apabila aset syarikat itu dilelong oleh Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) susulan kegagalan menjelaskan pinjaman.

Untung bersih Cuckoo Malaysia susut 10% kepada RM25 juta bagi 1QFY26 akibat permintaan lemah pengguna

KUALA LUMPUR 18 MeiCuckoo International (MAL) Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM25.0 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, susut 10.2% berbanding RM27.8 juta pada tempoh sama FY25.

Pendapatan Cnergenz meningkat 44% kepada RM28 juta bagi 1QFY26 disokong jualan mesin

KUALA LUMPUR 18 MeiCnergenz Berhad mencatatkan hasil meningkat 43.55% kepada RM27.51 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (1QFY26) berbanding RM19.16 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Shell Malaysia tambah kapasiti penyimpanan Terminal Bahan Api Westport perkukuh keselamatan bekalan

KUALA LUMPUR 18 Mei - Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (SMT) menambah kapasiti penyimpanan di Terminal Bahan Api Westport di Pelabuhan Klang sebagai langkah memperkukuh keselamatan bekalan bahan api negara ketika permintaan terus meningkat di seluruh negara.

 

Arvia Solutions perkenal transformasi pendidikan digital di Putrajaya menerusi AI Smart Classroom

KUALA LUMPUR 18 Mei Arvia Solutions Sdn Bhd bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) bagi memperkenalkan inisiatif bilik darjah pintar berasaskan kecerdasan bua

Pelancongan perubatan catat pertumbuhan positif walaupun pelaksanaan SST 6% - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 18 Mei – Sektor pelancongan perubatan Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan positif meskipun pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus ke atas beberapa perkhidmatan penjagaan kesihatan terpilih.

 

Untung bersih Samchem naik 252% kepada RM14.7 juta bagi 1QFY26 didorong margin kasar lebih tinggi

KUALA LUMPUR 18 MeiSamchem Holdings Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM14.78 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 berbanding RM4.21 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Permintaan cip khusus jadi pemacu utama, Kenanga menilai SkyeChip sebagai 'Outperform' dengan sasaran harga RM2 sesaham

KUALA LUMPUR 18 Mei – Kenanga Research memulakan liputan terhadap SkyeChip Bhd dengan saranan “Outperform” serta menetapkan harga sasaran RM2 sesaham, iaitu lebih dua kali ganda daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) syarikat pada 88 sen.

 

MKH nafi dagangan luar biasa di Bursa Malaysia ada kaitan urus niaga korporat tertentu

KUALA LUMPUR 18 MeiMKH Berhad menafikan laporan media mengenai kononnya ada urus niaga korporat tertentu selepas sahamnya mencatat kenaikan harga dan volum dagangan luar biasa baru-baru ini.

Ekonomi negara dijangka mula rasai kesan inflasi bermula separuh kedua 2026 - CGS International

KUALA LUMPUR 18 Mei CGS International memberi amaran prospek pertumbuhan ekonomi negara semakin cenderung ke arah penurunan memasuki separuh kedua 2026 (1H26) berikutan tekanan inflasi dan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.

 

Subscribe to Terkini