Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pesakit Indonesia kekal penyumbang hasil terbesar Alpha IVF bagi 9MFY26, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 17 Julai — Pesakit Indonesia kekal penyumbang hasil terbesar kepada operasi Alpha IVF Group Berhad di Malaysia, mewakili 33% bagi tempoh sembilan bulan FY26, diikuti China dan Singapura.

 

Fujifilm Business Innovation tingkatkan pelaburan AI bantu organisasi Malaysia beralih ke era digital

KUALA LUMPUR 17 Julai – Fujifilm Business Innovation Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan automasi pintar dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membantu organisasi tempatan mempercepat transformasi digital.

 

CIMB Securities saran 'BELI' saham Padini dengan TP RM1.80 selepas selesai isu siasatan SPRM

KUALA LUMPUR 17 Julai - Saham Padini Holdings Bhd berpotensi mencatat penilaian semula apabila kebimbangan pelabur terhadap isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin reda, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

PKS Johor perlu ubah cara operasi hadapi gelombang pelaburan baharu menerusi RTS Link, JS-SEZ

KUALA LUMPUR 17 Julai – Syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu bertindak pantas meningkatkan daya saing mereka bagi merebut peluang ekonomi bernilai tinggi yang bakal tercetus menerusi pembangunan RTS Link dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-S

Phillip Capital unjur prospek CBH Engineering kukuh pada 2H26 selepas buku tender catat rekod RM1.3 bilion

KUALA LUMPUR 17 Julai — Walaupun permulaan tahun ini menyaksikan perolehan kontrak CBH Engineering Holding Berhad agak perlahan, Phillip Capital melihat prospek syarikat itu sebagai semakin kukuh.

 

Saham GuocoLand Malaysia digantung bermula 30 Julai menjelang proses nyahsenarai

KUALA LUMPUR 17 Julai – Saham GuocoLand (Malaysia) Bhd akan digantung daripada urus niaga di Bursa Malaysia bermula 30 Julai ini bagi memberi laluan kepada proses penswastaan syarikat oleh pemegang saham utamanya, GLL (Malaysia) Pte Ltd (GLLM).

 

Untung CelcomDigi dianggar susut hanya 2% pada FY26 hasil inisiatif penjimatan operasi, kata PublicInvest

KUALA LUMPUR 17 JulaiPublic Investment Bank (PublicInvest) menganggarkan keuntungan bersih CelcomDigi Berhad hanya terjejas 2% bagi FY26 hasil pelaksanaan inisiatif penjimatan operasi.

 

Matrix Concepts, IOI Properties, Mah Sing kekal pilihan utama MBSB Research walaupun prospek sektor hartanah sederhana

KUALA LUMPUR 17 Julai - Matrix Concepts Holdings Bhd, IOI Properties Group Bhd dan Mah Sing Group Bhd terus menjadi pilihan utama dalam sektor hartanah meskipun prospek industri dijangka lebih sederhana, menurut MBSB Research.

 

Berjaya Property: Pelaburan RM58 juta dalam Koridor Maritim Perlis dinilai berdasarkan unjuran untung RM16 juta setahun

KUALA LUMPUR 17 Julai – Berjaya Property Bhd menjelaskan cadangan pelaburan RM58 juta bagi memperoleh 29% kepentingan dalam Manjaran Sdn. Bhd. dinilai berdasarkan unjuran keuntungan selepas cukai sebanyak RM16 juta setahun sepanjang tempoh 20 tahun.

 

MKH lantik Kenanga IB sebagai penasihat bebas tawaran pengambilalihan Batu Kawan RM2 sesaham

KUALA LUMPUR 17 Julai – MKH Bhd melantik Kenanga Investment Bank Bhd sebagai penasihat bebas bagi menilai tawaran pengambilalihan mandatori (MGO) oleh Batu Kawan Bhd pada harga RM2 sesaham.

 

RHB Research: Kerjaya Prospek ceburi segmen baharu kurangkan kebergantungan sektor pembinaan

KUALA LUMPUR 17 JulaiKerjaya Prospek Group Berhad mengambil langkah strategik positif dengan menceburi segmen kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) serta tenaga boleh diperbaharui (RE).

 

Perniagaan pusat data dijangka lonjak pendapatan TM mulai 2027 - RHB Research

KUALA LUMPUR 17 Julai - Perniagaan pusat data Telekom Malaysia Bhd (TM) dilihat masih belum dinilai sepenuhnya oleh pasaran walaupun berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan utama kumpulan dalam jangka panjang, didorong permintaan yang semakin meningkat terhadap inf

KWAP kini jadi pemegang saham utama Unisem dengan 6.06% kepentingan

KUALA LUMPUR 17 Julai – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) muncul sebagai pemegang saham besar dalam Unisem (M) Bhd selepas meningkatkan pegangan kepada 6.06% menerusi pembelian saham, termasuk 50.5 juta saham melalui penempatan persendirian bernilai RM232.3 juta.

Subscribe to Terkini