Concrete Engineering catat urus niaga berulang beli simen daripada YTL Cement melepasi ambang 1%
KUALA LUMPUR 13 Julai – Concrete Engineering Products Berhad (CEPCO) mengesahkan ada urus niaga berulang pihak berkaitan (RRPT) bernilai RM1.273 juta dilaksanakan dengan YTL Cement Berhad.













