Gas Malaysia terajui projek terminal LNG terapung RM3 bilion di Yan bersama syarikat Jepun dan Belanda
KUALA LUMPUR 8 Jun – Gas Malaysia Berhad merancang untuk membangunkan sebuah terminal regasifikasi gas asli cecair (LNG) terapung di Yan, Kedah bersama rakan strategik antarabangsa iaitu Tokyo Gas Co Ltd dari Jepun dan VTTI BV dari Belanda.








