Uni Wall mahu pindah ke Pasaran ACE daripada Pasaran LEAP Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Uni Wall APS Holdings Berhad bercadang memindahkan penyenaraian sahamnya daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad dalam usaha meningkatkan profil korporat serta mengembangkan asas pemegang sahamnya.









