Kitacon terima kontrak RM104.3 juta daripada Sime Darby Property bina 20 unit kilang di Bandar Bukit Raja III
KUALA LUMPUR 10 Feb - Kumpulan Kitacon Bhd menerusi Kitacon Sdn Bhd menerima kontrak RM104.3 juta daripada Sime Darby Property (BBR3 Asset 1) Sdn Bhd bagi pembinaan 20 unit kilang berkembar di Bandar Bukit Raja III, Klang, Selangor.









