KUALA LUMPUR 12 Feb - Peralihan permintaan sarung tangan nitril Amerika Syarikat (AS) kepada pengeluar Malaysia daripada China dengan peningkatan prospek keuntungan mendorong perkembangan pembuat sarung tangan tempatan seperti Top Glove Corp Bhd pada 2025.
KUALA LUMPUR 12 Feb - Penyedia penyelesaian teknologi air, Insights Analytics Bhd (IAB) memfailkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk Pasaran ACE Bursa Malaysia dalam usaha mengumpul dana bagi mengembangkan pejabat dan operasi serta modal kerjanya.
PUTRAJAYA 12 Feb (Bernama) - Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 12 Feb - Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berpendapat positif terhadap penggabungan Grab Holdings Ltd dan GoTo Group, syarikat induk Gojek yang boleh membantu mengurangkan kos dengan menurunkan insentif pengguna.
KUALA LUMPUR 12 Feb - Unit Fajarbaru Builder Group Bhd (FBG) iaitu FBG Land Sdn Bhd (FLSB), telah meningkatkan pegangan sahamnya dalam firma pemaju hartanah Australia, Beulah Northcote Land Pty Ltd (BNL) kepada 49 peratus.
KUALA LUMPUR 12 Feb - Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), sebuah projek transformatif 25 tahun, bersedia untuk menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi jangka panjang Perak di samping melengkapkan sektor pelabuhan Malaysia.
KUALA LUMPUR 12 Feb - SCIB Properties Sdn Bhd memfailkan writ saman terhadap pemaju perumahan Awana JV Suria Saga Sdn Bhd dan memohon penyelesaian undang-undang terhadap apa yang didakwanya sebagai pengeluaran pinjaman tanpa kebenaran oleh syarikat itu.
KUALA LUMPUR 12 Feb - Sapura Secured Technologies bakal meneroka peluang baharu dalam aspek pembangunan berkaitan teknologi persenjataan moden negara melalui kerjasama dengan sebuah firma pertahanan terbesar Türkiye.