Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Nilai ringgit kukuh tekan unjuran pendapatan IHH Healthcare hingga FY27, HLIB kekal saran ‘beli’

KUALA LUMPUR 9 FebHong Leong Investment Bank (HLIB) menyemak turun unjuran hasil IHH Healthcare Berhad bagi tahun kewangan 2025 hingga 2027 berikutan kesan pengukuhan nilai ringgit.

McDonald’s Malaysia labur RM1 bilion, rancang buka 100 restoran baharu dalam tempoh lima tahun lagi

KUALA LUMPUR 9 Feb – McDonald’s Malaysia mengumumkan pelaburan bernilai RM1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong pengembangan rangkaian restorannya, pembangunan modal insan serta sumbangan berterusan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

 

CBH Engineering mampu untung bersih RM90 juta pada FY26 jika margin kekal 15%, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 9 FebCBH Engineering Holding Berhad mampu mencatat keuntungan bersih yang mencecah RM90 juta bagi tahun kewangan 2026 (FY26), sekiranya margin bersih kekal sekitar 15%.

Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru - Akmal

KUALA LUMPUR 9 Feb - Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.

 

PKS yang menguasai teknologi AI dijangka jadi penyumbang separuh KDNK menjelang 2030 - Xero Asia

KUALA LUMPUR 9 Feb – Malaysia dijangka menyaksikan kebangkitan perniagaan kecil dan sederhana pintar (Intelligent SME) menjelang 2026, apabila PKS memanfaatkan teknologi untuk menjadi lebih produktif, tangkas dan berdaya saing.

 

TA Securities unjur saham Exsim, CBH, Southern Score, PGF dan SkyWorld berpotensi besar tahun ini

KUALA LUMPUR 9 FebTA Securities menjangkakan saham bermodal kecil berpotensi mengatasi prestasi indeks utama bursa FBMKLCI pada tahun ini, didorong oleh faktor momentum pasaran lebih positif.

Tiga projek baharu bernilai RM26.6 juta dijangka stabilkan pendapatan AWC sehingga 2029 - PublicInvest

KUALA LUMPUR 9 Feb – Kemenangan tiga projek sistem pengumpulan sisa automatik (AWCS) oleh AWC Berhad diyakini akan menyumbang kepada kestabilan dan pertumbuhan pendapatan syarikat sehingga Ogos 2029, kata Public Investment Bank.

 

Gelombang kedua pembangunan pusat data dijangka lebih agresif - CGS International

KUALA LUMPUR 9 Feb — Gelombang kedua pembangunan pusat data (DC) di Malaysia dijangka menjadi lebih agresif, didorong oleh kebimbangan pemain hiperskala global untuk tidak ketinggalan dalam perlumbaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus membuka peluang besar kepada kontraktor temp

Malacca Securities yakin untung bersih Teamstar naik 9.7% bagi FY26 dipacu pertambahan 10 kedai

KUALA LUMPUR 9 FebMalacca Securities yakin keuntungan bersih Teamstar Berhad meningkat 9.7% bagi FY26, dipacu jangkaan pertambahan sejumlah 10 kedai runcit baharu dan tiga lagi gudang tambahan.

Minggu Jaringan Ekonomi 2026 tarik lebih 300 usahawan antarabangsa ke Kelantan

KUALA LUMPUR 9 Feb – Kelantan menjadi tumpuan lebih 300 usahawan tempatan dan antarabangsa dalam Minggu Jaringan Usahawan Antarabangsa (NWI) 2026, dengan potensi peluang perniagaan bernilai jutaan ringgit dibuka sepanjang program berlangsung. 

 

Dagangan saham Boustead Heavy Industries digantung sementara menunggu pengumuman rasmi

KUALA LUMPUR 9 Feb - Dagangan saham Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) digantung sementara di Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 9.31 pagi hari ini hingga 5 petang, Selasa, selepas mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.

 

Ringgit dijangka terus mengukuh mengatasi prestasi mata wang serantau pada 2026 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 9 Feb - Asas ekonomi yang kukuh, digabungkan dengan ledakan global kecerdasan buatan (AI) akan meletakkan ringgit pada kedudukan terbaik untuk mengatasi prestasi mata wang serantau pada 2026, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

AGX dijangka catat kenaikan keuntungan 6%-14% hasil kontrak baru dengan MAG - Philip Capital

KUALA LUMPUR 9 Feb – AGX Group Bhd dijangka mencatat kenaikan keuntungan antara 6%-14% bagi 2026-2027 berikutan kontrak logistik baru dengan Malaysia Aviation Group (MAG), menurut Philip Capital.

 

Subscribe to Terkini