SHAH ALAM 10 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-101 hari ini dengan melancarkan semula laman web rasminya, thechedet.com, yang tampil dengan reka bentuk baharu serta kandungan yang dikemas kini.
Laman web yang diperbaharui itu menjadi platform untuk menghimpunkan artikel, ucapan, kenyataan media, video, buku dan koleksi gambar beliau, selain membolehkan orang ramai meninggalkan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya.
Antara yang menitipkan ucapan ialah Suzana Baharudin dari Negeri Sembilan: "Selamat hari lahir Tun Dr Mahathir, kami doakan Tun sentiasa sihat dan dikurniakan kesihatan dan kecergasan yang baik. Terima kasih menyayangi kami anak Malaysia, terima kasih atas segala jasamu..
Nor Azreen Mohd.Jamil dari Selangor pula menulis: "Happy Birthday Tun.. Semoga Tun sentiasa sihat dan dipenuhi kebahagian yang berpanjangan.. How I wish I have an opportunity to meet you for a great moment one day..
Sementara itu, Puteri Nurulhuda dari Selangor menulis: "Happy 101st Birthday to the Father of Modern Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad! Thank you for your decades of dedication and service to the nation. 🎂🇲🇾"

Dilahirkan pada 10 Julai 1925, Dr Mahathir pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003 sebelum kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri ketujuh dari 2018 hingga 2020.
Dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia, Dr Mahathir turut mencipta sejarah sebagai satu-satunya individu yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Pada usia 101 tahun, beliau juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang paling berusia serta paling lama berkhidmat dalam sejarah negara. - DagangNews.com








