Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Azam Baki didakwa miliki saham lebih had, PM digesa bertindak

KUALA LUMPUR 10 Feb - Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sekali lagi menjadi perhatian berhubung portfolio pegangan sahamnya — isu yang sebelum ini pernah menyebabkan Pakatan Harapan menyertai gesaan supaya beliau disingkirkan daripada jawatan ketua pencegah rasuah negara, lapor

Axiata lantik Nik Rizal Kamil sebagai CEO Kumpulan baharu berkuat kuasa Jun 2026

KUALA LUMPUR 10 Feb – Axiata Group Berhad mengumumkan pelantikan Nik Rizal Kamil Nik Ibrahim Kamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa 1 Jun 2026.

 

Untung bersih Volcano susut 70% kepada RM537,000 bagi 2QFY26 akibat kerugian tukaran wang asing

KUALA LUMPUR 10 FebVolcano Berhad masih lagi mencatatkan keuntungan bersih, namun susut 69.54% kepada RM537,000 bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM1.76 juta pada 2QFY25.

MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun lagi

KUALA LUMPUR 10 Feb — Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan dua institusi pendidikan tinggi di bawahnya, iaitu Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

ShopLAH pergiatkan segmen runcit lapangan terbang galakkan pelancong berbelanja pada TMM 2026 – MAHB

KUALA LUMPUR 10 FebMalaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mempergiat peranan runcit lapangan terbang sebagai pemacu pengalaman pelawat dan perbelanjaan pelancongan menerusi kempen ShopLAH.

Edra Power, Worldwide Holdings bina projek solar terapung terbesar Malaysia 300MW di Bestari Jaya

KUALA LUMPUR 10 Feb – Pembinaan Projek Solar Skala Besar Bestari berkapasiti 300MWac di Bestari Jaya, Kuala Selangor kini bermula, menjadikannya ladang solar terapung terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara apabila siap kelak.

 

Insights Analytics jalin kerjasama dengan 51 WORLD dari China perteguh platform teknologi AI digital twin

KUALA LUMPUR 10 FebInsights Analytics Berhad menjalin kerjasama dengan syarikat tersenarai di Bursa Saham Hong Kong, Beijing 51 WORLD Digital Twin Technology Co Ltd berpangkalan di China.

Prospek emas kekal kukuh disokong ketidaktentuan global - Franklin Templeton

KUALA LUMPUR 10 Feb – Prospek pasaran emas dijangka kekal positif meskipun berdepan turun naik harga jangka pendek berpunca daripada ketegangan geopolitik, konflik global serta ketidaktentuan fiskal dalam ekonomi utama dunia, menurut pengurus aset global Franklin Templeton. 

Hock Soon raih untung bersih RM8.4 juta bagi 1QFY26 menjelang penyenaraian, dipacu permintaan tinggi telur

KUALA LUMPUR 10 Feb - Hock Soon Capital Berhad memulakan langkah sulungnya sebagai syarikat awam dengan keuntungan bersih RM8.396 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Disember 2025. 

Hartalega catat keuntungan bersih RM31.7 juta pada suku ketiga FY2026

KUALA LUMPUR 10 Feb – Hartalega Holdings Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM31.67 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025, meningkat 64.1% berbanding RM19.30 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya, meskipun berdepan penyusutan hasil akibat tekanan harga dan kadar tuk

MISC meterai kontrak FSO jangka panjang dengan ExxonMobil di Papua New Guinea

KUALA LUMPUR 10 FebMISC Berhad memeterai kontrak jangka panjang dengan ExxonMobil PNG Limited (EMPNG) bagi penyediaan pajakan bareboat serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan sebuah unit Floating Storage and Offloading (FSO)

Duopharma Biotech di landasan teguh sasar untung cecah RM100.2 juta pada FY26, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 10 FebTA Securities optimis Duopharma Biotech Berhad berada pada landasan pertumbuhan teguh pada 2026, dengan keuntungan bersih disasarkan mencecah RM100.2 juta bagi FY26.

Hasil MClean meningkat 30.29% kepada RM21.34 juta pada 4QFY2025

KUALA LUMPUR 10 Feb – MClean Technologies Berhad mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (4QFY2025) disokong pertumbuhan pendapatan yang memberangsangkan serta peningkatan ketara margin keuntungan hasil kecekapan operasi

Subscribe to Terkini