Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

EWI Capital jual 100% kepentingan dalam Eco World Macquarie di Sydney bernilai RM89.6 juta

KUALA LUMPUR 13 Mac - EWI Capital Berhad melupuskan 100% ekuitinya dalam Eco World (Macquarie) Pty Ltd kepada Versione NODE Sdn Bhd pada pertimbangan tunai A$32.0 juta (kira-kira RM89.6 juta).

Wasco Greenergy tingkatkan pengeluaran turbin stim berprestasi tinggi, sasar pasaran serantau dan antarabangsa

KUALA LUMPUR 13 Mac – Wasco Greenergy Berhad terus memfokuskan kepada pelaksanaan projek tenaga boleh diperbaharui walaupun harga sahamnya turun sedikit selepas penyenaraian di Bursa Malaysia Disember lalu.

 

FBG peroleh kontrak RM15.5 juta bina 3 kilang projek Alpine 2 di Temasya Glenmarie

KUALA LUMPUR 13 MacFBG Holdings Berhad memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM15.52 juta bagi pembangunan tiga buah kilang untuk projek Alpine 2 di Temasya Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Bekas Pengerusi sementara Maxis, Hamidah Naziadin dilantik anggotai Lembaga Institut Pengarah Korporat Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Mac – Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) telah melantik Datuk Hamidah Naziadin ke Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 9 Mac 2026.

 

Lebih 2,200 pengarah syarikat disekat keluar negara pada 2025 kerana gagal bayar caruman KWSP

KUALA LUMPUR 13 Mac — Lebih 2,200 pengarah syarikat disekat daripada meninggalkan Malaysia sepanjang 2025 kerana gagal menjelaskan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Sunsuria tingkatkan kepentingan dalam KL City Gateway kepada 61% berjumlah RM21.5 juta

KUALA LUMPUR 13 MacSunsuria Berhad berhasrat meningkatkan pegangan sahamnya dalam KL City Gateway Sdn Bhd (KLCG) kepada 61%, sekali gus menjadikannya sebagai anak syarikat kumpulan itu.

Dana dagangan mata wang digital: Bursa Malaysia terbitkan kertas rundingan maklum balas awam

KUALA LUMPUR 13 Mac – Bursa Malaysia Securities Berhad menerbitkan kertas rundingan untuk mendapatkan pandangan orang awam mengenai cadangan perubahan peraturan yang membolehkan penyenaraian dan perdagangan dana dagangan berasaskan mata wang digital.

 

Empire Premium Food meterai perjanjian taja jamin dengan Maybank IB menjelang penyenaraian di Papan Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Mac – Empire Premium Food Bhd menandatangani perjanjian taja jamin dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjelang penyenaraian syarikat itu di Papan Utama Bursa Malaysia.

 

Gangguan operasi loji arang batu Tanjung Bin kekal isu kritikal kepada Malakoff — RHB Research

KUALA LUMPUR 13 Mac – Masalah gangguan operasi loji jana kuasa arang batu di Pontian, Johor terus dipantau pelabur terhadap prestasi Malakoff Corporation Berhad, walaupun fasiliti utama kembali pulih.

Hutang tinggi punca ramai pembeli rumah gagal lulus pembiayaan bank, lebih 70% pemaju terjejas - REHDA

KUALA LUMPUR 13 Mac – Lebih dua pertiga bakal pembeli rumah di Malaysia gagal mendapatkan pembiayaan perumahan daripada bank, menjadi antara faktor utama yang mengekang transaksi hartanah kediaman ketika ini.

 

Penasihat bebas syor IJM tolak tawaran Sunway kerana `tidak adil', `tidak munasabah'

KUALA LUMPUR 13 Mac — Tawaran pengambilalihan terhadap IJM Corporation Bhd oleh Sunway Bhd disifatkan sebagai 'tidak adil dan tidak munasabah', menurut penasihat bebas yang dilantik untuk menilai cadangan tersebut.

 

Untung Scientex bagi 2QFY26 naik kepada RM135 juta didorong kecekapan segmen pembungkusan

KUALA LUMPUR 13 MacScientex Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM135.18 juta bagi suku kedua berakhir 31 Januari 2026, meningkat 9.1% berbanding RM123.95 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Kerajaan tanggung subsidi bahan api RM3.2 bilion sebulan untuk kesejahteraan rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 13 Mac - Kerajaan akan memastikan rakyat terus menerima bantuan melalui penyasaran subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95, selain mengekalkan harga petrol dan diesel walaupun perbelanjaan subsidi bahan api meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah A

Subscribe to Terkini