Pelaburan digital MDEC cecah RM87.4 bilion pada 2025, dipacu perkembangan AI
PUTRAJAYA 18 Mac - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih pelaburan digital diluluskan berjumlah RM87.4 bilion pada 2025, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI), data raya, pusat data dan perkhidmatan awan.













