Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Inta Bina raih kontrak RM264.5 juta bina pangsapuri servis 40 tingkat di Segambut

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Inta Bina Group Bhd meraih kontrak bernilai RM264.5 juta daripada GDP Architects Sdn Bhd, yang mewakili 368 Segambut Sdn Bhd untuk membina dua blok pangsapuri servis setinggi 40 tingkat di Segambut.

 

Ketidaktentuan garis masa projek berisiko jejaskan potensi kerja UUE, kata PublicInvest

KUALA LUMPUR 12 Ogos — UUE Holdings Berhad masih terdedah kepada risiko ketidaktentuan dalam garis masa pelaksanaan projek yang dikendalikannya, menurut Public Investment Bank (PublicInvest).

 

Kadar pengangguran di Malaysia diyakini kekal pada paras 3% pada tahun ini, kata MBSB Research

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kadar pengangguran di seluruh negara diyakini berada paras purata 3% pada tahun ini berbanding 3.4% pada tahun sebelumnya, kata MBSB Research. 

 

Y&G beli tanah seluas 236 hektar berharga RM477 juta daripada keluarga pemegang saham utama

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Y&G Corp Bhd merancang pembelian 236.5 hektar tanah daripada keluarga Pengarah Urusan merangkap pemegang saham utamanya, Datuk Seri Yap Seng Yew dengan nilai keseluruhan RM477 juta.

 

Projek pembinaan di bawah RMK13 tumpu penggunaan teknologi moden - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR 12 Ogos — Penekanan akan diberikan kepada penggunaan teknologi moden dalam projek pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).

 

Prospek DRB-Hicom kekal mencabar disebabkan persaingan sengit segmen automotif, kata HLIB

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) kekal berhati-hati terhadap prospek DRB-Hicom Bhd khususnya dalam segmen automotif berikutan persaingan sengit meskipun pada masa sama berpandangan positif terhadap pengambilalihan dalam sektor aeroangkasa.

 

Harga minyak sawit mentah diramal jatuh pada 3Q25, sektor perladangan kekal sederhana - RHB Research

KUALA LUMPUR 12 Ogos — Sektor perladangan dijangka kekal dalam keadaan sederhana dengan harga minyak sawit mentah (MSM) diramal jatuh pada tempoh suku ketiga tahun ini, menurut RHB Research.

 

Citaglobal ambil alih pegangan kawalan dua projek hidroelektrik Perak bernilai RM15 juta

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Citaglobal Bhd memeterai perjanjian untuk mengambil alih 70% pegangan dalam dua projek hidroelektrik di Perak dengan nilai keseluruhan RM15 juta, bagi memperluaskan segmen tenaga boleh diperbaharui syarikat itu.

 

USM & Semikonduktor: Jurutera Kimia, Wira Senyap di sebalik Inovasi Global

Dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi, cip semikonduktor menjadi nadi kepada hampir setiap peranti moden, daripada telefon pintar dan komputer riba hinggalah kepada kenderaan elektrik dan sistem kecerdasan buatan.

 

Patuh kepada penyelia kunci kepada kelulusan cemerlang

Menjalani pengajian kedoktoran seperti PhD atau DBA bukanlah seka

ES Sunlogy, Planet QEOS bekerjasama bangunkan loji solar hibrid 155MWp di Sarawak

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Penyedia perkhidmatan mekanikal dan elektrikal (M&E), ES Sunlogy Berhad memeterai perjanjian utama dengan Planet QEOS Sdn Bhd bagi pembangunan loji kuasa hibrid solar 155 megawatt-puncak (MWp) yang disepadukan dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BE

Golden Destinations sasar penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Golden Destinations Group Bhd merancang untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, menerusi tawaran awam permulaan (IPO) yang akan menerbitkan 200 juta saham biasa baharu.

 

Critical Holdings peroleh kontrak mekanikal dari firma Amerika Syarikat bernilai RM41 juta

KUALA LUMPUR 11 Ogos — Critical Holdings Berhad memperoleh kontrak bernilai RM40.76 juta untuk menjalankan kerja-kerja mekanikal dan elektrik bagi pemasangan lantai pengeluaran baharu.

 

Subscribe to Terkini