Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pesona Metro peroleh kontrak projek daripada Indo Aman di Damansara Avenue bernilai RM666 juta

KUALA LUMPUR 26 SeptPesona Metro Holdings Berhad (PMHB) terus mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama sektor pembinaan tempatan apabila berjaya memperoleh kontrak bernilai RM666.0 juta.

Inta Bina menang kontrak RM40.6 juta bina rumah kediaman daripada Eco Majestic di Hulu Langat

KUALA LUMPUR 26 Sept - Inta Bina Group Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Inta Bina Sdn Bhd (IBSB), menerima Surat Anugerah (LOA) bernilai RM40.6 juta daripada Eco Majestic Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja utama pembinaan di Precint 2, Fasa 3, Hulu Langat, Selangor

Wasco Greenergy dapat kelulusan SC disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Sept - Wasco Berhad menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi cadangan penyenaraian anak syarikat tenaga boleh diperbaharui, Wasco Greenergy Berhad (Greenergy), di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

 

Anwar, Trump dijangka saksikan pemeteraian perjanjian perdagangan pada Sidang Kemuncak Asean Oktober 2025

KUALA LUMPUR 26 Sept - Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka menyaksikan pemeteraian perjanjian perdagangan timbal balik antara kedua-dua negara semasa Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur pada akhir Oktober.

PWF beli 14 unit kedai pejabat daripada TWL USJ berharga RM27.8 juta di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 26 Sept - PWF Corporation Berhad menerusi PWF Timberhill Sdgn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan TWL USJ Height Sdn Bhd bagi bagi memperoleh 14 unit kedai pejabat berharga RM27.8 juta di Jalan Melaka, Kuala Lumpur.

 

SD Guthrie dijangka raih keuntungan RM378 juta daripada penjualan tanah di PD

KUALA LUMPUR 26 Sept - SD Guthrie Bhd dijangka meraih keuntungan bersih pelupusan sekurang-kurangnya RM378 juta hasil penjualan 483.6 hektar (1,195 ekar) tanah pegangan bebas di Port Dickson, Negeri Sembilan, menurut MBSB Research.

 

Institut Pendidikan Teknikal Brunei meterai kerjasama dengan universiti Malaysia tingkatkan laluan akademik

BANDAR SERI BEGAWAN 26 Sept - Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Curtin University Malaysia bagi memperkukuhkan kerjasama dalam mewujudkan laluan akademik.

 

Projek pusat data bakal jadi pemacu pendapatan jangka panjang EcoWorld, kata CIMB Securities

KUALA LUMPUR 26 Sept - Projek pusat data dipercayai menjadi pemacu kepada pendapatan berulang EcoWorld Development Group Berhad untuk jangka masa panjang, kata CIMB Securities. 

 

Azam Jaya dilantik terajui projek naik taraf Lapangan Terbang Tawau bernilai RM120.9 juta

KUALA LUMPUR 26 Sept – Azam Jaya Berhad melakar satu lagi kejayaan penting apabila dilantik sebagai kontraktor utama projek menaik taraf Lapangan Terbang Tawau di Sabah yang bernilai RM120.9 juta.

Amerika Syarikat timbang pengecualian tarif bagi minyak sawit, alat ganti automotif dan aeroangkasa

KUALA LUMPUR 26 Sept – Amerika Syarikat telah bersetuju untuk mempertimbangkan pemberian pengecualian tarif – khususnya kadar tarif sifar – terhadap beberapa produk komoditi yang tidak dihasilkan di AS, termasuk minyak sawit dan koko, yang dijangka dimuktamadkan bulan depan.

80% unit kondominium mewah DaMai dibangunkan Selangor Dredging di Taman Melawati sudah dimiliki

KUALA LUMPUR 26 Sept - Projek kondominium mewah terbaharu daripada Selangor Dredging Berhad, DaMai berjaya mencuri tumpuan pasaran tempatan dengan 80% unit bagi pelancaran pertamanya berjaya dimiliki selepas dilancarkan pada Julai lalu.

 

Zetrix AI, penganjur Miss Universe jalin kerjasama lancar aplikasi undian berasaskan blockchain

KUALA LUMPUR 26 SeptZetrix AI Berhad menjalin kerjasama strategik dengan Miss Universe Organization (MUO) melancarkan aplikasi undian global pertama menggunakan teknologi blockchain.

EPIC Berhad perkukuh operasi dengan dua kren Tadano berkapasiti 50 MT, 30 MT

KEMAMAN 26 Sept - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) memperkukuh keupayaan logistik dan operasi dengan penambahan rasmi dua kren baharu jenama Tadano masing-masing berkapasiti 50 metrik tan (MT) dan 30 MT.

 

Subscribe to Terkini